Sunday 22 April 2012

Penyerahan Taklif


Semalam hari Sabtu bersamaan 21 April 2012 merupakan hari skolah ganti untuk Hari Raya Aidiladha nanti, seperti biasa Fyqah akan bangun awal untuk bersiap pergi sekolah. Pagi semalam Fyqah dah sediakan tisu kat dalam beg sebab Fyqah nak bersiap sedia takut ada babak nangis nanti..hehe :)

Semalam ada penyerahan taklif di sekolah Fyqah bagi semua murid Islam tingkatan 5. Ibu bapa pun kena turut hadir sama dalam majlis tu. Puas Fyqah pujuk ayah Fyqah suruh datang. Kalau bleh Fyqah mak dan ayah ada dalam majlis tu, tapi mak je dapat datang, ayah tak dapat datang sebab nak ambil adik2 kat sekolah. Okayla tak pe, nak buat macam mana kan :')

Pagi2 lagi Fyqah dah kat sekolah. Masa tu ramai lagi yang belum datang. Mentang-mentanglah tak belajar, diorng datang lambat..hehehe =D Pastu Fyqah pergi dewan dgn Nurin. Fyqah jumpa dengan team drama yang akan bertanding kat sekolah HS pagi semalm. Fyqah wish good luck kat Ain yg berlakon watak utama. Fyqah berbual2 kejap dgn Ain, kemudian jumpa Sue, Farah, Syazni dan lain-lain. Sue dan Syazni dapat mama angkat iaitu Pn Norina sebab mak dan ayah dia tak dapat datang.

Kemudian Fyqah dan lain-lain, pergi tolong juga susun sarapan untuk ibu bapa kat kantin. Lepastu Fyqah pergi daftar dan cari tempat duduk kat dalam dewan. Kebanyakan tempat duduk dah dipenuhi orang. Fyqah pilih tmpat duduk kat tengah2 sementara tunggu mak Fyqah datang. Fyqah cari mak Fyqah,tpi tak nampk2. Pastu Fyqah masuk dewan, Azma lambai2 Fyqah cakap mak Fyqah dah sampai. Fyqah terus duduk sebelah mak Fyqah. Fyqah ajak mak Fyqah duduk kat tmpat Fyqah cop tadi.

Dalam pukul 8.45, majlis pun bermula. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian majlis khatam Al-Quran yang diketuai oleh Anis Mastura. Pastu, slot pertama dimulakan. Ibu bapa kat dewan manakala murid2 dikehendaki pergi ke Blok Cempaka. Kami semua diperkenalkan dengan Abang Long yang hensem..hehe.. Abang Long banyak bagi nasihat dekat kami semua. Abg Long baru baik demam, jadi dia tak banyak terngkan paparan slide. Tapi best la, Abg Long kelakar. Baru baik demam pun masih boleh buat lawak.hehe
#teringin nak tengk ayat2 cinta slps tgk slah stu scene ayat2 cnta yg sweet sgt semlm <3#

Dalam pukul 11, kami semua pergi ke dewan semula. Masa yang dinanti2kan telah pun tiba. Masa proses penyerahan taklif tersebut, kami semua diminta bersalaman dulu. Mak Fyqah pesan dengan Fyqah, jangan nangis tau, mak nanti nak pergi kerja. Tapi masalahnya, sebelum proses penyerahan taklif, mak Fyqah dah nangis dulu..hahaha. kelakar.. Fyqah cuba tahan air mata daripada jatuh ke pipi, tapi akhirnya Fyqah nangis juga masa mak Fyqah peluk mak Fyqah. Fyqah rasa berdosa sebab Fyqah rasa Fyqah banyak buat salah kat mak Fyqah, tapi mak Fyqah cakap, Fyqah tak ada buat salah pun. Mak bergurau ke???Fyqah tahu Fyqah selalu sakitkan hati mak. Tapi kenapa mak cakp macm tu??

Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian Wawa (najwa latif) dan Seri. Masa wawa nyanyi ramai orang ambil gambar. Mak Fyqah cakap, suara Seri sdp, cuma dia tak pandai main gitar je..hehehe
Diorang nyanyi lagu ayah dan ibu.Sedih :(

#sori tak nampak. enpon murah biasalh..hehe

Kemudian diteruskan persembahan nasyid yang diketuai oleh Najihah. Mereka nyanyi lagu keluarga bahagia. #btw, jiha semlm comel sgt..Fyqah suka tudung jiha semlm :)

 #sori tak nmpk..as usual tepon murh memng mcm ni :)

Majlis Penyerahan Taklif berakhir dengan ucapan pengetua, Abg Long dan akhir sekali Dato' Noraini iaitu Ahli Parlimen Parit Sulong.

Okayla Fyqah rasa banyak Fyqah membebel hari ini kan..hehe Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon maaf  sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah  dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

p/s: Fyqah perlukan masa utk berubah. Mom please give me time :')

No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail