Wednesday 6 June 2012

5 bulan lagiii...................................................


Kawan-kawan semua mesti dah baca tajuk entry Fyqah kan???5 bulan lagi..Yeah lagi 5 bulan SPM akan menjelang. Ya Allah,cepatnya masa berlalu. Kalau Fyqah fikir-fikir balik, selama 6 bulan yang lepas, Fyqah banyak buang masa.Fyqah tak gunakan masa yang Allah bagi untuk Fyqah itu, digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Terasa diri Fyqah sangat teruk.

Fyqah kecewa dengan diri Fyqah sendiri. Fyqah rasa diri Fyqah sudah banyak berubah. Fyqah nak diri Fyqah yang dulu :'( 

Seandainya Fyqah dapat putarkan kembali masa lalu, Fyqah akan gunakan masa itu dengan sebaik-baiknya. Insyaallah. Namun masa yang berlalu, tidak akan kembali,bukan?? 


Fyqah bersyukur kerana Allah masih memberi Fyqah masa untuk berubah. Selepas ini, Fyqah akan berubah. Fyqah akan gunakan setiap masa yang Allah bagi dengan sebaik-baiknya. Fyqah tidak mahu kecewakan kedua-dua ibu bapa  Fyqah yang telah banyak berkorban untuk Fyqah. Ibu bapa Fyqah berharap sangat Fyqah dapat 10A dalam SPM 2012. Tidak mungkin Fyqah mahu lihat mereka kecewa. 

Kawan-kawan doakan Fyqah eh. Doakan Fyqah berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2012. Semoga Allah memberkati kawan-kawan semua.Amin....

Buat semua kawan-kawan yang akan menghadapi SPM 2012, Fyqah doakan agar awak semua berjaya dalam SPM 2012. Mari kita sama-sama pecahkan rekod Malaysia dengan keputusan yang paling cemerlang dalam SPM 2012. Insyaallah

Ingat!!!


Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakal

Baiklah sampai di sini sahaja entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

p/s:lepas ni kalau boleh Fyqah tak nak online lagi dan tak nak tulis blog. Doakan niat Fyqah ni tercapai.Fyqah tak nak hangat-hangat tahi ayam je.


4 comments:

  1. wah!! 5 bulan lagi nak SPM. that means lagi 1 thn 5 bln turn saya pulak. Haa... Rasanya baru ja habis PMR. Dah nak SPM. Awak sub apa tambah 1 lagi tuh??

    ReplyDelete
  2. kan..tau xpe..rsa bru semlm sy bergembira meraikan kejayaan dlm PMR..lepas ni SPM pula :3 sub tmbhn saya ambil prinsip perakaunan :)

    ReplyDelete
  3. sah straight A's kan??? Anyways, good luck!!! InsyaAllah kalau dah rezeki tak kemana. For this time being usaha sungguh2...

    ReplyDelete
  4. Insyaallah.Aminnn..... :)
    Thanks a lot insyaz.
    Doakan kta eh :') <3

    ReplyDelete

 
© Fyqah Ismail