Thursday 21 June 2012

Allah lebih menyayangimu :')


20 Jun 2012

7.00 pagi
- Seperti biasa setelah sampai di sekolah, Fyqah letak beg kat kelas dan turun ke dewan terbuka bagi menjalankan program mesra Al-Quran dan program Nilam.

7.30 pagi
-P&P pun bermula. Subjek pertama ialah Sejarah.Alhamdulilah Fyqah faham apa yang cikgu terangkan tentang subtopik pertama Bab 6 tak salah Fyqah.

8.05
- Kelas Add Math bermula.Miss Ong marah sebab kelas kami kotor.Miss Ong suruh kami kemaskan kelas dahulu sebelum cikgu mulakan pembelajaran.Lepas kelas dah bersih baru Miss Ong ajar. Fyqah tak tahula berapa banyak kali Fyqah menguap kat kelas.Tapi Alhamdulilah Fyqah dapat memahami apa yang Miss Ong terangkan walaupun Fyqah dalam keadaan mengantuk.

9.30
- Kelas Chemistry pula. Semasa kelas Chemistry Fyqah tidur 15 minit. Fyqah akui Fyqah tidur lambat malam sebelumnya. Fyqah tidur pukul 2 pagi sebab siapkan NIE.Sebab tulah Fyqah mengantuk dalam kelas.Alhamdulilah lepas bangun Fyqah semakin segar.Semasa Fyqah sedang fokus,tiba-tiba Puan Suhaila tegur Fyqah 'NSI why you are so sleepy?' Fyqah dah pelik. Kawan-kawan semua tengok Fyqah. Malu :*

11.05 pagi
-Lepas rehat, kelas Biology. Fyqah tak tahulah, lepas kelas Chemistry mood Fyqah terus hilang. Sue pun takut tengok Fyqah. Tapi sebenarnya Fyqah ok je :) Sorry Sue sebab buat awk takut kat kita :) Kita okay jelah :') 

12.30
- BM cikgu tak ada.Cikgu pesan kat Sue buat analisis item. Semasa tengah angkat tangan dan turun tangan, tiba-tiba ada pengumuman 'Perhatian kepada NSMI dari 5 Marikh, sila datang ke pejabat sekarang dan bawa beg anda sekali'.Semasa tu, Fyqah dah dapat agak apa yang berlaku.Fyqah hampir menangis tapi Fyqah gagahkan diri juga :')

12.45
- Mak Fyqah marah sebab Fyqah lambat turun. Mak Fyqah cakap dah setengah jam mak Fyqah tunggu. Fyqah terkejut juga sebab Fyqah cuma dengar pengumuman sekali je. Rupa-rupanya Fyqah tak dengar pengumuman yang lagi satu tu. Puan Marpuah pun marah Fyqah. Yeah, I know its my fault.Sorry mom, Puan Marpuah and all the clerks :')

2.00
- Fyqah,dan Abg Fyqah, Along naik kereta Mak Fyqah bertolak ke Segamat. Manakala dua orang adik Fyqah, Bihah dan Amy pula naik kereta ayah Fyqah. 

2.45
- Tayar kereta mak bocor. So, kami singgah kedai tayar dahulu untuk tukar tayar.Terima kasih kepada abang-abang yang bekerja di Dunlop sebab tolong gantikan tayar kereta mak Fyqah :)

#Fyqah suka gambar ni.Mak nampak comel <3 ^_^
(Di dalam kesedihan tapi kami masih termampu tersenyum)



#Thank you so much :')

4.30 petang
-Kami terus ke masjid. Semua orang berkumpul di masjid bagi mengerjakan solat Asar dan solat jenazah.Kami orang yang terakhir sampai. Fyqah agak terkilan sebab tak dapat tengok jenazah dahulu :'(

Fyqah pasti kawan-kawan semua pasti tertanya-tanya apa yang telah berlaku,bukan? Fyqah minta maaf kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu apa yang telah berlaku. Fyqah saja ingin menggunakan teknik suspens dalam entry ini. *suspens la sgt :') Untuk pengetahuan semua, semalam 20 Jun 2012, pak uda yang Fyqah pernah ceritakan sebelum ini  telah pergi buat selama-lamanya. Allah lebih menyayanginya. Kurang daripada 2 bulan pak uda disahkah menghidap barah hati dan semalam Allah telah mengambil nyawanya. Takziah buat keluarga Pak Uda :')Semoga Allah menempatkan Pak Uda dalam kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH :')

5.00 petang
- Jenazah Pak Uda dikebumikan di tapak perkuburan yang sama dengan arwah Atuk Abah dahulu. Fyqah hampir menangis melihat keadaan mak uda,along iwan,abg angah, abg aus dan kak farah. Tapi Fyqah gagahkan diri juga :'(









Pak Uda meninggal 4 hari sebelum Hari Jadi Fyqah yang ke-17. Dahulu arwah atuk abah meninggal 4 hari selepas Fyqah meraikan Hari Jadi yang ke-11. Fyqah telah kehilangan orang yang Fyqah sayang di saat-saat Hari Lahir Fyqah. Sedih sangat :'( Semoga Allah menempatkan Pak Uda dan arwah Atuk Abah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aminn Ya Rabbal Alamin...

Cukuplah sampai di sini entry Fyqah buat kali ni. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :')

~Setiap yang hidup pasti akan mati.Itu yang pasti~

AL-FATIHAH











No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail