Monday 25 June 2012

I'm now sweet 17 :)


Semalam 24 Jun 2012, umur Fyqah genap 17 tahun.. Happy Birthday To Me!!! hehe..Tak sangka cepat sungguh masa berlalu.Terasa seperti baru semalam Fyqah belajar berjalan,bercakap, main ting-ting dan sebagainya. Syukur alhamdulilah Allah masih berikan Fyqah oksigen untuk Fyqah bernafas sehingga hari ini. Alhamdulilah :') Fyqah juga bersyukur kepada Allah kerana masih lagi Fyqah peluang untuk Fyqah terus beribadat dan bertaubat sehingga hari ini.

Fyqah nak ucapkan :


Terima Kasih Allah sebab bagi diriku peluang untuk aku bertaubat....
Terima Kasih Emak sebab melahirkan Iqah....

Terima kasih Ayah sebab hantarIqah ke sekolah setiap hari....
Terima kasih Along sebab suka buat Iqah marah....

Terima kasih Angah sebab sudi menjadi pendengar yang setia...
Terima kasih Bihah sebab sudi temankan uda kat rumah..
Terima kasih Amy sebab selalu tolong uda...
Terima kasih cikgu sebab sudi mengajar saya..
Terima kasih kawan-kawan sebab sentiasa berada di samping kita di kala kita susah dan senang...



Tidak lupa juga terima kasih kepada kawan-kawan Fyqah di FB dan semua kawan yang telah wish birthday Fyqah :)
 Terima kasih Mark Zuckerberg sebab telah mengingatkan hari jadi Fyqah kepada semua kawan-kawan di FB :)




Semalam Abg Aeril Zafrel pun wish bufday Fyqah kat twitter..hehehe..*jgn jeles


Fyqah nak ucapkan terima kasih kepada Iza sebab bagi Fyqah kek dan cokelat. Sorilah Fyqah malas nk upload pic kek dan cokelat tu..Nanti kalau Fyqah rajin Fyqah upload okay :)

Sebenarnya,di sebalik kegembiraan Fyqah, sebenarnya tersimpan rasa duka dan kecewa.Fyqah nak cerita tapi nanti Fyqah nangis pula..hehe.Air mata dah mula bergenang ni..hehehe

Setiap kali Hari Jadi Fyqah tak ada apa-apa pun yang menarik..Fyqah tak macan kawan-kawan Fyqah yang lain. Setiap kali Birthday diorang, kawan-kawan lain akan buat surprise untuk diorang semua. Fyqah tak dapat semua tu. Walau apa pun, Fyqah suka tengok diorang happy.Fyqah tak kisah pun berduka seorang diri. Fyqah dah biasa :')

Paling Fyqah sedih apabila tahun ni Fyqah tak dapat pun kiss daripada mak Fyqah. Fyqah sedih sgt :'( Okay i'm starting crying now..hehe.. Fyqah memang kuat nangis.Itu adalah FAKTA :") Fyqah mengharap pun dapat hadiah yang mahal-mahal daripada mak Fyqah.Cukuplah sekadar sebuah ciuman.Fyqah tak kisah pun tak dapat hadiah mahal-mahal Tapi Fyqah kisah kalau mak tak kiss Fyqah. Bagi Fyqah, itu adalah yang paling bermakna. Tak apalah mungkin mak lupa kot. Hari tu mak sibuk rewang sebab tu mak lupa nak bagi Fyqah kiss :'''') Think positive :')

Fyqah suka pendam setiap kali Fyqah sedih. Fyqah tak suka luahkan perasaan sedih Fyqah kat orang lain. Walaupun kadang-kadang perasaan tersebut tidak mampu Fyqah hadapi seorang diri, Fyqah cuba kuatkan diri Fyqah. Walau bagaimanapun Fyqah bersyukur kerana Allah masih bersama Fyqah. Allah berikan Fyqah kekuatan untuk Fyqah hadapi ujian ini.Alhamdulilah. Terima kasih Allah :''')

Okaylah, cukupla sampai di sini. Kalau Fyqah tulis lagi, air mata lagi mengalir laju macam air terjun...hehe :') Fyqah mohon maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri.
Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :')

Upcoming Birthday :
My little Brother(Amy)-26 June 2012
Zetty Ameera-27 June 2012
Arifah-28 June 2012
Izzaty Mahmood- 28 June 2012
Fatin Adlina-30 June 2012
Iza Nabihah- 1 Julai 2012

HAPPY BIRTHDAY!!!!!!!!!


2 comments:

  1. happy bday!....smpena bday awk, akak follow blog awk...sweet x akak...hahaha...:p

    ReplyDelete
  2. alahai sweetnya akak ni.thnks akk comel ^_^

    ReplyDelete

 
© Fyqah Ismail