Thursday 9 August 2012

"Ko Tak Payah Nak Suruh...." Continue Reading


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....

Tadi Fyqah terbaca satu post ni dari Mamat Fan Page yang menarik perhatian Fyqah. Oleh hal yang demikian, Fyqah nak kongsi post ni dengan rakan-rakan semua.

Starting Reading..................

Suatu petang pukul 6.30 ptg. Ustazah telah menerima call dari sahabatnya.

Member: "Ko tulis apa tadi kat facebook?!"

Ustazah: "Assalamualaikum. Aku tengah goreng pisang ni."
Member: "Ko pekak ke? Aku tanya ko tulis apa kat facebook tadi?!!"

Ustazah: "Eh aku tertekan loudspeaker ke ni? Oh! Status tadi. Pasal nasihat tudung untuk sahabat tu ya."

Member: "Ko tak payah lah buat-buat poyo! Aku tahu la perangai buruk ko! Aku tahu la status ko buat tu nak tuju kat aku. Aku sorang je member ko yang tak pakai tudung kat facebook. Agak-agakla. Aku tahulah ko keje ustazah, tapi elok ke nak aibkan orang kat public?!"

Ustazah: "Aku takde tulis nama siapa-siapa pun."

Member: "Tak payah nak berdalihlah! Lidah bercabang! Kawan tikam kawan! Depan aku ko cakap baik-baik, belakang aku ko fitnah-fitnah. Cilake betul! Woiii!! Ko ingat sikit, mak bapak aku tak pernah tegur pun aku nak pakai tudung ke tak pakai ke. Dorang lagi memahami tudung ni bukan kena paksa-paksa. Pakai bila dah rela hati, dah ikhlas hati."

Ustazah: "Baik. Jadi ko call aku ni semata-mata nak marah aku la ni? Baik, aku minta maaf kalau ko terasa. Aku nak goreng pisang ni."

Member: "FFFFFuUuuuUu (muka troll 9gag) toll la ko ni! Aku tak habis cakap lagi. Ko dengar sini nasihat aku ni. Ko nak jadi ustazah, ko ngajar budak-budak sekolah rendah ko tu je lah. Ko ngajar j-Qaf kan? Ha, ko ngajar fardhu ain alif ba ta kat budak-budak sekolah tu je lah. Tak payah ko nak sindir-sindir, kutuk-kutuk orang. Ko ingat mulia sangat cara ko nak nasihat orang tu?! Boleh terima nasihat aku ni? Boleh? Boleh?!"

Ustazah: "Baik. Boleh. Cuma aku nak minta dua benda dengan ko baru aku ikut cakap ko."

Member: "Orait. Pe bende? Baguslah kalo ko dah insaf. Suka ati aku dengar."

Ustazah: "Satu, aku nak minta ko ameenkan doa aku ni. 'Allahummaghfirlaha warhamha wa 'aafiha wa' fu 'anha'. Ameen"

Member: "Ok boleh. Ameen. Doa apa tu?"

Ustazah: "Maksud dia 'Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia.' Doa untuk jenazah wanita. Doa ni untuk hati ko yang dah mati. Ok permintaan aku yang kedua pls."

Member: "Grrrrrrr!! Ha cepat cakap! Panas hati aku ni lama2 cakap ngn ko!"

Ustazah: "Doakan aku umur panjang. 'Ya Allah! Panjangkanlah umur ustazah j-Qaf ni. Ameen."

Member: "Ok boleh. Ameen."

Ustazah: "Terima kasih. Moga-moga aku panjang umur sebagaimana yang didoa. Sebab kalau ko mati dan aku masih hidup, aku lah yang akan pakaikan ko tudung nanti dengan kain kapan. Dan...masa tu ko akan berterima kasih pada kawan ko ni. Sebab ko dah tak boleh pakai sendiri, aku yang tolongkan. Baiklah, aku nak goreng pisang ni sampai habis. Kalau nak, mai la umah. Wslm."

tut tut...

Member : "Nanti..nanti!! Aku tak habis cakap lagi!!!"

"............"

---
Keesokan harinya member ustazah tu digilis lori.

Guess siapa yang pakaikan tudung?


----
"Allahuakbar" - cerita oleh Rusydee Artz



TAMAT...



Pada pendapat awak semua,siapakah yang pakaikan kawan ustazah tu tudung??Cer teka cer teka..hehe..
Fyqah nak ucapkan TAHNIAH kepada Abang Rusydee sebab berjaya menghasilkan cerita seperti ini
 *Tepuk tangan untuk Abang Rusydee*
Kita perlulah mengambil iktibar daripada kisah ini.Ingatlah bila-bila masa sahaja Allah akan mengambil nyawa kita tidak kira tua atau muda. Segeralah capai pintu taubat dan masuklah ke dalamnya,selagi pintu itu masih terbuka buat awak.

Setiap kali kita bangun dari tidur yang lena, tanyalah pada diri kita:
"Kenapa Allah masih hidupkan aku pada hari ini?"
Jawapan yang dicadangkan oleh Imam Al-Ghazali ialah:
"Kerana dosaku terlalu banyak,Allah masih izinkan (memberi masa) aku untuk BERTAUBAT"

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Fyqah hanya sekadar berkongsi sahaja.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)



No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail