Friday 21 September 2012

SPM dah tamat?



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....

"Ek eh SPM dah habis ke?" "Tak adalah.Jangan percaya tajuk entry ini." 
Hari ini merupakan hari terakhir Trial SPM.Sebenarnya,trial dah abis semalam bagi semua sekolah di Johor ni, cuma sekolah Fyqah je kena re-test paper Chemistry.Kenapa? Adalah.Biarlah rahsia :) Tapi paper Chemist yang Fyqah duduki pagi tadi di kira sebagai Pra SPM.

ALHAMDULILAH ALHAMDULILAH ALHAMDULILAH.Syukur sangat sebab trial dah habis.Sudah masuk 3 minggu Fyqah tidak tidur lena disebabkan 'stay up night' untuk study.Sekarang Fyqah kena doa dan tawakal sahaja kepada Allah.Bagi Fyqah trial ni sangat SUSAH.Tapi Insyaallah masa SPM nanti senang.Aminn :) 

Terus terang Fyqah cakap semalam Fyqah langsung tak baca buku Chemist.Fyqah tak mood langsung nak baca buku.Pagi-pagi tadi nak on the way pergi sekolah baru Fyqah buka buku chemist.Fyqah reda saja dengan keputusan yang akan Fyqah dapat nanti.Bila sampai sekolah,Fyqah pelik kenapa macam tak ada orang je kat sekolah ? Mungkin Fyqah datang cepat sangat kot.Tapi cepat ke?Fyqah sampai,dah pukul 7 pagi.Tak apalah.Fyqah pun melangkah masuk ke pintu pagar dengan penuh yakin *ceh* Masa Fyqah jalan-jalan,Fyqah terperasan tali kasut Fyqah terbuka,Fyqah pun betulkan.Tiba-tiba ada orang sapa Fyqah. 'Hai!' Fyqah mendongakkan muka Fyqah sambil berkata 'Hai!' Oh Wawa (Najwa Latiff) rupanya.Selepas itu,Fyqah terus melangkah pergi menaiki tangga hingga ke tingkat 3.

Setibanya Fyqah di kelas 5 Marikh yang AWESOME, Fyqah tanya Najihah 'Exam start pukul berapa?' Jawapan yang diberikan 'Entah'.Well,semua orang memang tak tahu peksa hari ini start pukul berapa.Sebenarnya semalam Fyqah text cikgu Chemist Fyqah,tanya exam start pukul berapa,tapi cikgu tak reply.SEDIH :'(

Its okayla :') Kemudian,Puan Norliza (Guru Kelas) pun masuk.Cikgu cakap peksa start pukul 8.Ya Allah!Fyqah tak study apa-apa lagi.Macam mana nak jawab :( Reda sajalah.Tepat pada pukul 8,exam pun bermula.Soalan pertama pun Fyqah tak boleh buat,so Fyqah lompat,lompat dan terus lompat hingga ke soalan essay.Alhamdulilah soalan essay takla susah sangat,so Fyqah siapkan soalan essay dahulu dan kembali kepada soalan struktur.Pukul 10.30 pagi,paper 2 Chemist SELESAI.Alhamdulilah,selesai satu subjek.

Selepas itu rehat.Masa rehat kami semua sibuk membaca planning experiment yang memang tak tahu apa yang keluar.So,kena baca semua eksperimen.Tapi Fyqah baca 2 eksperimen je.Itu pun Nurin yang tolong terangkan.THANKS NURIN! :') Paper 3 start pukul 11.10 pagi.First thing yang Fyqah buat masa dapat kertas soalan,Fyqah tengok soalan planning eksperimen.Okay,Fyqah tak baca fasal eksperimen tu tapi sebelum ni Fyqah dan kawan-kawan pernah buat dalam makmal.Fyqah cuba ingatkan kembali saat-saat manis masa buat eksperimen tu.Alhamdulilah,Fyqah dapatlah juga bayangan masa buat eksperimen tu.Dalam masa 30 minit,Fyqah siap menjawab paper 3.Sepanjang 1 jam,Fyqah fikir cara nak laksanakan misi Fyqah yang paling besar lepas SPM nanti.Fyqah harap sangat  misi Fyqah itu berjaya.Insyaallah.Tapi sekarang yang penting Fyqah kena berusaha dapatkan keputusan yang TERBAIK dalam SPM 2012.Chaiyok! ^^


Setelah 1 jam menunggu,akhirnya cikgu mengumumkan bahawa MASA MENJAWAB TELAH TAMAT.Selepas cikgu siap pungut semua kertas soalan,semua pelajar 5 Marikh mula mengeluarkan bunyi -bunyi cengkerik yang amat membingitkan (Bising).Fyqah tanya Ain 'Nak buat apa eak'.Jawabnya 'GOSIP'.Okay itu memang pekerjaan yang disukainya .GOSIP.Nabila dan Ain berkumpul di meja Fyqah serta mula bergosip.Seperti biasa,Fyqah akan jadi patung di tengah-tengah dan mendengar gosip-gosip mereka.Sesekali Fyqah akan menyampuk dan kebanyakkannya Fyqah akan ketawa walaupun benda yang mereka ceritakan itu tak kelakar.Well,Fyqah memang suka ketawa bila orang bercerita.MOTIF? Biar Fyqah sorang je yang tahu.hehehe :D 

Hampir 1 jam 30 minit diorang bergosip.Macam-macam benda yang mereka ceritakan.Fyqah hanya duduk dan mendengar sahaja.Fyqah lebih suka dengar orang bercerita dariapada Fyqah bercerita.Kalau Fyqah cerita nanti bukannya mereka faham pun..LOL ^_^

Balik sekolah,Fyqah terus duduk depan TV sebab nak tengok drama korea kegemaran Fyqah TO THE BEAUTIFUL YOU.Kemudian Fyqah mula mengeluarkan laptop.Kebetulan abang Fyqah balik,so Fyqah minta email dan password blog dia sebab hari tu dia minta tolong Fyqah editkan blog dia.Inilah hasilnya :)

Mana awak rasa lebih elok,sebelum ke selepas?

Edit blog merupakan pekerjaan sampingan Fyqah selain daripada menjadi soerang pelajar SPM :)

Ek eh cuba tengok jam sekarang pukul berapa?Sudah pukul 1.30 pagi la.Ya Allah.Syoknya Fyqah menaip sampai tak sedar sudah pukul 1.hehe. 

Maaf ye kawan-kawan sebab mengambil sikit masa awak yang berharga untuk membaca entry Fyqah ini.Fyqah mohon maaf sekiranya entry Fyqah ini ada menyakiti hati awak semua.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan pengajaran.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail