Tuesday 29 January 2013

Workaholic Part 1

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Kalau dulu bila orang tanya Fyqah " Tak kerja ke lepas SPM?" Fyqah akan jawab, " Tak..Tanam aggur je kat umah." Tapi sekarang bila orang tanya soalan tu,dengan bangganya Fyqah jawab,"Yup,kita sedang bekerja." 

Pagi tadi mak cik Fyqah kejut Fyqah.Dia kata hari ni Fyqah kena start kerja.Fyqah bukan saja terkejut beruk,tapi ular,kucing semua binatang keluar tau tak.Fyqah ingatkan next week ke baru Fyqah start kerja.Yelah Fyqah baru sampai KL semalam dan hari ni dah nak kena start kerja.Tambahan lagi,semalam Fyqah tidur lambat.Kalau Fyqah tahu,Fyqah tidur awal semalam -.-  Sabar jelah.Takpelah.Semua yang berlaku tanpa Fyqah rancang.Tapi best juga kerja taklah Fyqah bosan duduk umah sorang-sorang..Hehehe

Well,tadi agak bosan kat office sebab tak banyak kerja yang Fyqah buat.Fyqah hanya tolong menaip sikit-sikit je.Nasib baik tak ada orang call kat office nak pesan apa-apa ke.Fyqah ni agak lemah sikit dalam bab nak jawab panggilan telefon.Fyqah tak pandai nak mulakan perbualan.So pity of me -.-
So nak tahu apa aktiviti Fyqah hari ni kat office???Jeng jeng jeng...


Banyak kerja wooo

I'm totally boring.Please give me some work :3

Kerja Fyqah curi tulang..hehe

Masa rehat,Fyqah pergi surau dan posing sorang-sorang dalam tu..kahkahkah *joke*







Hehehe..Okay penat sangat hari ni.Actually, ada banyak benda Fyqah nak kongsi dengan awak-awak semua tapi kan kita malas nak menaip..kihkihki *ketawa sambil tutup mulut dgn sapu tangan*

Nanti ada masa Fyqah update lagi ye.By the way,kita nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan Fyqah di Facebook,Twitter dan Ask fm sebab selalu buat Fyqah happy.Alhamdulilah setakat ni Fyqah tak nangis lagi ..Hehe..Maaf ye kawan-kawan kat Ask Fm sebab tak dapat nak jawab semua soalan-soalan awak semua.Fyqah dapat jawab sikit je..Maaf eh.Sekarang ni Fyqah agak sibuk sikit.Nanti ada masa Fyqah jawab eh.Kat office tak ada internet so susah sikit nak online.Harap maklum :)

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Nantikan workaholic part 2..Ceeewaaahh..haha..As usual,Fyqah minta maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Kerja janganlah kerana WANG tapi kerjalah seikhlas hati.In Sha Allah kita akan rasa gembira dengan setiap pekerjaan yang kita lakukan :)

Saturday 26 January 2013

Selamat Tinggal Rumahku Syurgaku :')

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Apa khabar kawan-kawan sekalian?? Fyqah harap belum terlambat lagi Fyqah nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL. Jangan nak asyik ingat birthday boyfriend / girlfriend je sehingga lupa hari lahir Rasul kita yang tercinta.Kekasih hati kita :') Banyakanlah berselawat kepada baginda bukan pada Maulidur Rasul sahaja tapi pada setiap masa kita kena berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Adakah Fyqah terlalu serious sangat pada hari ini?? Maaflah Fyqah hari ni tak ada mood nak buat lawak hambar.Lagipun bukan ada orang pun nak ketawa bila Fyqah buat lawak.Daripada Fyqah syok sendiri,lebih baik Fyqah serious,ye dok??Hehe :'D

Fyqah hari ni nak share satu story.Pagi tadi Fyqah dapat berita mengejut daripada mak Fyqah.Mak Fyqah cakap.makcik Fyqah yang kat KL tu call nak bawa Fyqah gi sana esok and I was like DOUBE WHAAAT??? Fyqah dah plan macam-macam next week dengan kawan-kawan Fyqah.Maklumlah kitaorang dah lama tak jumpa.Especially Ain.Fyqah tahu ada banyak benda yang Ain nak luahkan kat Fyqah.Tapi tulah setiap kali kami nak jumpa je mesti ada halangan.Kadang-kadang Fyqah kesian juga dekat Ain sebab terpaksa pendam semuanya seorang diri. Fyqah bukan tak nak call Ain cuma susah sikit sebab Fyqah guna Celcom manakala Ain guna nombor Maxis.Banyak tu kredit kena guna.Takpelah Fyqah akan cuba usaha kan juga untuk call/webcam Ain kat KL nanti.

Esok dah nak pergi,tapi satu barang pun Fyqah tak packing lagi.Memang nak kena bebel dengan mak Fyqah esok la kan.Fyqah tak ready lagi nak pisah dengan family..Huarghhh :'( Tapi Fyqah kena belajar hidup berjauhan dengan  family.Fyqah takut nanti bila kat U,Fyqah kena homesick teruk.Lebih baik Fyqah belajar dari sekrang,kaann? :')

Petang tadi Fyqah ada ask seorang kawan Fyqah di Ask Fm ni.Well,lepas baca jawapan dia Fyqah rasa lebih semangat lagi..Ceeeh :3

Semangatlah sangat kaan baca jawapan dia yang entah pape tu -.-

Tapi betul juga kata dia,Fyqah kena kuatkan iman.Maklumlah macam-macam benda yang boleh kita terpengaruh kalau kita tak kuat iman,kan? Well,thanks a lot  'granpa' sebab sudi bagi kata-kata semangat walaupun tak menaikkan semangat Fyqah pun :3

Wish me luck ye kawan-kawan.

Okaay tak payah nak gelakkan Fyqah.Fyqah tahu muka Fyqah nampak macam nenek bila pakai cermin mata besar macam tu.Cute apa..Haha..Barulah satu geng dengan abang Ijat :3

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :')
Kadang-kadang kita kena paksa diri kita untuk lakukan sesuatu yang kita tak suka.Tapi untuk kebaikan diri kita,kita kena lakukan juga :')

Saturday 19 January 2013

Ikan Goreng Penanggal

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Hai si cantik,si kacak,si comel dan segala si yang wujud dekat dunia ni.Hehe.Dah lama rasanya Fyqah tak update blog ni.Bukan tak ada masa atau sebab sibuk tapi sebab penyakit MAAAALAAAAAAAAAS Fyqah dah datang.Hehe.Oleh sebab,dah nak dekat seminggu lebih Fyqah tak update blog ni,so Fyqah ingat hari ni Fyqah nak menaip sesuatu la kat blog Fyqah yang tak berapa nak cantik ni.

Okay,cerita ni tak adalah best mana,tapi harap awak semua enjoy ketika membaca entry ini sambil layan lagu Sonata Musim Salju. *Awat skema semacam ni :3 * 

Begina ceritanya.... *flashback pagi tadi *

Pagi tadi,mak dan adik-adik Fyqah sibuk bersiap-siap untuk keluar dan pada masa itu Fyqah masih sedang dibuai mimpi yang indah.Haha.Mesti awak pelik kan macam mana Fyqah boleh tahu diorang sedang sibuk sedangkan masa tu Fyqah masih tengah tidur.Tak payah nak pelik sangat,Fyqah ni boleh dengar apa yang berlaku kat sekeliling walaupun masa tu Fyqah tengah mimpi berjumpa dengan sang putera.Okay tak lawak pun.

Dalam pukul 10.30 macam tu Fyqah baru bangun tidur.Ala Fyqah tau, mesti dalam hati awak semua cakap,"Teruknya anak dara ni." Kan kan kan? Dah tahu dah..Haha..Actually,Fyqah dah niat nak bangun awal hari ni,tapi tak terbangun awal pula walaupun dah beberapa kali dikejutkan oleh mak Fyqah.Huhu

As usual,bila mak Fyqah nak keluar je,mesti tak pernah nak tinggalkan satu benda ni untuk Fyqah..Okay okay Fyqah bagi tahu,tak payah nak excited sangat sampai terloncat-loncat atas katil tu.LOL :D Okay lawak hambar.Benda tu bukanlah sarapan ataupun Iphone 5 tapi PEKERJAAN :3 

Fyqah ingatkan bila akak Fyqah dah balik rumah,ringanlah sikit kerja Fyqah..Tapi...HAMPEH :3 Sabar jelah.Fyqah tahulah dia ada kerja banyak.Tapi apa salahnya tolong adik dia ni sikit-sikit.Tak kesian ke tengok adik dia ni buat kerja sorang-sorang.Hurmmm.Sodih.Nak pinjam tisu leh?Tisu Fyqah dah habis :*

Oleh sebab Fyqah malas nak gaduh-gaduh,Fyqah pun buat jelah semua kerja tu.Lepas Fyqah basuh pinggan yang bertimbun tu,Fyqah pun siang ikan.Then masuk dalam kuali,kemudian goreng.Fyqah kecilkan api supaya tak hangus.Maklumlah Fyqah ni kadang-kadang terlupa nak paling ikan tu.Masa Fyqah nak paling ikan goreng tu,ikan tu macam hancur.Then,I was like " Nape kepalanya tertanggal?" Selalu mak Fyqah goreng ikan tak adalah jadi sampai macam tu sekali.Ayah Fyqah pergi dapur,pastu tanya " Iqah,mana kepalanya?" dengan selamba Fyqah jawab " Entah." Haha..Dah macam penanggal dah Fyqah tengok ikan tu.

Inilah ikan goreng penanggal :P


Fyqah rasa mak Fyqah kena beli kuali baru kot.Hehe.Padahal salah sendiri,nak salahkan kuali pula kan.Hikhikhik.Well,sekarang Fyqah minat memasak.Tapi sekarang cuma satu je yang Fyqah dah pass,semua masakan yang berkaitan dengan KICAP Fyqah dah boleh masak.Haha.Entah pape je kan..

Lepas Fyqah dah habis semua buat kerja rumah.Fyqah pun masuk bilik.And you know what I see?? Kak Fyqah yang kononnya nak siapkan kerja dia tu,tengah TIDUR.Sabar jelah kan.Well takpelah,biarlah dia nak rest.Lagipun dia mesti penat belajar :)

Okaylah sampai di sini coretan Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Perempuan mestilah kena pandai masak,barulah AWESOME! ^_^


Tuesday 8 January 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri ......

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Hari ni Fyqah nak join satu segmen yang dianjurkan oleh HafizzyAziz @ Apit :)

Klik pada banner untuk join :)

SAYA BLOGGER NEGERI JOHOR! I'm proud to be Johorian.Hehe.Nak tau kenapa Johor AWESOME?

1. Semua makanan kat Johor ni sedap-sedap belaka.Contohnya Laksa Johor,Mee Racun dan sebagainya.Sekali awak makan mesti nak lagi ^_^

2. Banyak tempat yang menarik kat negeri Johor ni.Contohnya Legoland,JPO dan lain-lain lagi :)

Okay itulah saja yang Fyqah dapat bagi.Actually,ada banyak lagi tapi Fyqah malas nak menaip.Hehehe 

Awak kena tag ^_^  Ieka Farhana

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Segalam salah dan silap mohon dimaafkan.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
JOM RAMAI-RAMAI JOIN SEGMEN AWESOME NI ^_^

Sunday 6 January 2013

Sekolah Rendah :')

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

*Idea please come back to mama* Okay okay Fyqah faham awak semua tengah layan AJL.Tak ape relak2 dulu.Tarik nafas dan jangan lepas sampai esok pagi.Okay tak lawak pun -_- Ishh mana idea ni tak datang-datang.You know what,petang tadi bukan main lagi idea datang macam air,pastu bila time nak update je,masa tu lah dia hilang tanpa dapat dikesan.Ceh -_- Sabar jelah.Idea dah mai dah.*tinggg* *mentol menyala*

Petang tadi,Fyqah pergi Carrefour.Al maklumlah dah lama tak keluar rumah.Sesekali nak juga keluar rumah nak hirup udara kat luar daripada asyik duduk dalam bilik ini.Kadang-kadang bosan juga asyik duk dalam bilik online je.Otak kita pun kena bagi makan juga.Kesian dia nanti tumpul.Eh apa kena mengena? lol
Back to the topic.Terkejut beruk,gajah,kura-kura semua ada bila tengok keadaan Carrefour yang penuh dengan manusia.Pelik juga kenapa boleh ramai macam tu sekali.Then,bila dah masuk kawasan Carrefour tu benda yang pertama kena buat mestilah kena cari parking dulu kan.Tak kan nak letak kereta kat tengah-tengah jalan.Mahunya nanti ada yang tepon Majlis Bandaraya suruh tarik kereta kesayangan mak Fyqah tu kan.Bila kereta banyak agak susah nak dapat parking.Tapi,Alhamdulilah ada uncle yang baik hati bagi parking dia kat kami.THANK YOU UNCLE!! :D

Bila dah letak kereta,mestilah lepastu pergi SHOPPINGG!!!Yeah! :D lol Seriously,sesak sangat Carrefour dipenuhi dengan manusia.Ahhh!Fyqah baru teringat.Chinese New Year just around a corner.No wonderlah ramai orang.Ouuhh okayyy.. *ketuk kepala*

 Fyqah kalau pergi mall ke pasar,Fyqah suka tengok gelagat orang-orang yang berada di situ.Kadang-kadang Fyqah gelak sendiri tengok orang yang bermacam-macam kerenah tu.Sangat mencuit hati.Hehe

Tadi,bila dah habis beli semua barang-barang yang dikehendaki,Fyqah ternampak seorang budak kecil ni menangis nak sesuatu daripada ibu dia.Biasalah kan budak-budak.Hal ini membuatkan Fyqah teringat zaman masa mak Fyqah tolong lapkan hingus Fyqah (zaman kanak-kanak). Dulu masa Fyqah kecil-kecil,Fyqah baik je tak nakal.Comel je masa dulu.Haha. *tipu je :P*

Selepas pergi Carrefour,kami semua meneruskan perjalanan ke sekolah ibu Fyqah yang merangkap sekolah Fyqah masa Fyqah darjah 1-6.Dalam perjalanan,mak Fyqah hampir melanggar sebuah motor.Alhamdulilah,Allah itu Maha Penyayang.Dia masih sayang kat kami semua.Dia masih bagi peluang untuk kami bertaubat.Act,motor tu yang salah sebab tak bagi signal.Boleh pula tu diorang buat muka tak bersalah siap boleh senyum lagi tu.Sabar jelah.Walau apa-apa pun syukur Alhamdulilah tak ada apa-apa yang berlaku :')

Perjalanan dari Carrefour ke sekolah Fyqah tu,taklah lama sangat.Dalam 5 minit je kot.Hehe.Act,mak Fyqah nak kemaskan kelas dia.So,Fyqah pun kena lah tolong.Anak solehah la katakan.Haha.Solehah la sangat.Well,banyak perubahan yang telah berlaku di SK Convent.Seriously,rindu sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat kat cikgu-cikgu dan rakan-rakan di sekolah ni.Terdapat banyak kenangan Fyqah di sekolah ni.Fyqah teringat pula 11 tahun yang lepas.

*Ala-ala filem P.Ramlee* 
2002 -*suara ala-ala Yus Jambu masa berlakon jadi kanak-kanak* Hai tawan-tawan.Nama kita Fyqah Ismail.Kita berusia 7 tahun.Ini adalah hari pertama kita bersekolah di SK Convent.Alhamdulilah kita tak nangis pun tau masa kita mula-mula melangkah masuk kat sekolah ni sebab mak kita ada kat sini.Kita gembira sangat dapat jumpa kawan-kawan baru.Diorang semua sporting macam Fyqah..Hikhik *ketawa sambil tutup mulut* Nak tahu tak masa hari kedua,Fyqah tersalah masuk kelas.Fyqah pergi kelas 1 Bestari sepatutnya Fyqah di 1 Maju.Fyqah duduk kat kelas tu sampai nak waktu balik.Kelakar kan.Bila dah nak balik,mak Fyqah baru perasan Fyqah tersalah masuk kelas.Hehehe *senyum tunjuk gigi*

2003 - *suara ala-ala upin dan ipin* Hai kawan-kawan.Ini kisah Fyqah Ismail.Kita sekarang dah berusia 8 tahun.Nak tau tak,tadi kan cikgu tak ada tau.Pastu kawan-kawan kita semua bising.Kita pun ambil satu kelas dan tulis 'Nama Budak Yang Bising'.Sebenarnya kita bukanlah ketua darjah tapi ketua darjah tu sibuk so kita tolongla dia.Bila cikgu masuk je,kita pun serahkan kertas tu kat cikgu kita.Tapi kan cikgu tu tak buat apa-apa pun :(

2004 - *suara ala-ala upin dan ipin dah besar sikit* Hai! Kita sekarang dah berusia 9 tahun.Tahun ni kita pengawas.Jangan terkejut beruk tau.Seriously,tak ada siapa pun takut dengan kita..Sedih kan..Pinjam baju boleh??Nak kesat hingus *Double Euuuwww* Nak tahu tak,kita kan menang pertandingan Nasyid.Alhamdulilah :) Mak kita yang tolong latihkan kita dengan kawan-kawan.Masa kelas kita diumumkan sebagai pemenang,ada orang tak berpuas hati.Ada orang marah kita tiba-tiba.Kita pun tak tahu kenapa.Pelik kan diorang ni..Hurrmmm :(

2005 - *suara ala-ala Ella sakit tekak*Hooii!Fyqah sekarang dah berusia 10 tahun.Cepatkan kita membesar.Minumlah Hor hor horlicks!Pasti awak akan cepat membesar macam uncle Afdlin Shauki.Hikhik *ketawa sambil tutup mulut guna sapu tangan* Awak nak tahu tak,ada perkara aneh yang berlaku kat kelas kita.Perkara ni sungguh misteri.Tak nak lah kita cerita,takut nanti awak semua tak boleh tidur malam pula..hehe

2006 - *suara ala-ala Liyana Jasmay* Hei!Kita dah makin tinggi sekarang.Taklah tinggi macam aunty Nasha Aziz.Cuma tinggi sikitlah daripada dia *tipu! :P* Kita sunyi sekarang sebab bestfren kita dah pindah sekolah.Kita pun tak tahu kenapa dia pergi meninggalkan kita sendirian terkapai-kapai di sini.Tapi sekarang kita dah jumpa bestfren baru.Dia cantik macam kita..Hikhik..Dia baik dan sporting.Kita suka kawan dengan dia.Nama dia Lee Tse May.Kita nak bagi ucapan untuk Lee Tse May eh??Hai Tse May!Saya rindu kamu!:")

2007 - *suara ala-ala Lisa Surihani* Hai!Tahun ni kita nak UPSR.Doakan kita eh :') Ek eh nak tahu tak.Setelah 2 tahun dipecat daripada menjadi pengawas,tahun ni kita terpilih untuk jadi pengawas lagi.Kita pun tak tahu macam mana kita boleh terpilih sedangkan masa interview tu kita rasa nak pengsan tau.Cikgu Kuldeep baik hati,dia lantik kita jadi pengawas.Alhamdulilah :') Thank you teacher! ^_^

Inilah Fyqah Ismail ketika di sekolah rendah.Comel je macam awak semua dulu-dulu ^_^ Okaylah,penatlah membebel.Jom tengok gambar yang telah Fyqah ambil tadi :)

Opss atau stylista?Jujur tau :P 
Yeah I know,you will say'Opsss' right? Ok foine -_-
Next time,I'll wear like this again.lol :D

Padang sekolah.
Pelbagai acara larian yang telah Fyqah sertai masa sekolah rendah.
Bila masuk je sekolah menengah,Fyqah bersara daripada menjadi seorang atlet. *Cehhh*

My mom works hard to decorate her classroom.I hope it worth it :)

Sudut bacaan.
Seriously cantik dan kemas.Dulu masa Fyqah sekolah tak ada pula macam ni.

Papan kenyataan.

Dulu masa Fyqah sekolah,ada macam-macam binatang dalam sangkar ni.
Ada arnab,burung,ayam dan lain.Tapi sekarang 'kosong kosong ooooo'

Dulu ni tempat cikgu makan.Sekarang Fyqah tak tahulah ni bilik apa.Hehe

Pentas ni tak banyak berubah.
Kali terakhir Fyqah berdiri atas pentas ni masa buat persembahan pada Hari Kanak-kanak 2007 :')

Rindunya sekolah rendah.Orang kata Fyqah ni budak 'nerd' sebab Fyqah paling takut nak langgar peraturan sekolah.Macam-macam kenangan yang tak mungkin Fyqah dapat lupakan kat sekolah ni.Cikgu-cikgu yang sporting dan kawan-kawan yang Awesome.I really miss them :') Hopefully,I'll meet them again one day.In Sha Allah :')

Sampai di sini coretan Fyqah buat kali ini.Segala salah dan silap mohon dimaafkan.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Zaman persekolahan adalah satu zaman yang paling indah sekali.Jangan sia-siakan hidup awak ketika berada di zaman persekolahan kerana awak akan menyesal di kemudian hari.Hormatilah dan sayangilah guru-guru awak.Jangan sakiti hati mereka :)

Friday 4 January 2013

5 Perkara Yang Selalu Anda Lakukan Jika Anda Jatuh Cinta

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Rasanya belum terlambat lagi untuk Fyqah ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua pembaca blog ini :) Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.In Sha Allah :) Setiap tahun pasti kita akan memasang AZAM baru dan Fyqah juga telah memasang azam baru bagi tahun ini. Salah satu azam Fyqah pada tahun ini dalam dunia blogging ialah Fyqah nak perbaiki penulisan Fyqah dalam blog ini.In Sha Allah :) Sempena tahun baru ini Fyqah dah perbaharui blog Fyqah .Dan inilah hasilnya.Amacam cantik tak??Haha :D Lagi satu  url blog Fyqah yang lama iaitu http://spmcandidate95.blogspot.com dah ditukar kepada http://fyqahismail.blogspot.com/ . Fyqah tukar sebab kawan-kawan Fyqah cakap url blog Fyqah yang lama tak best,so Fyqah tukarlah.Hehe :)

Eh eh awak nak baca cerita Fyqah tak??Tadi Fyqah keluar makan dengan family Fyqah.Pastu kan tak ada apa pun yang berlaku.LOL :D  Fyqah cuba nak buat lawak ke?? Dah tau dah memang tak lawak pun :P

Fyqah with Afdlin Shauki Wannabe!

Fyqah makan 1 roti telur 1 roti kosong.Makan macam esok nak kena puasa.LOL :D


Okay okay tukar topik.Actually,Fyqah bukan nak cerita pasal tahun baru ke masalah rumah tangga ke apa.Hari ni Fyqah nak cakap mengenai JATUH CINTA. Mungkin sebelum ni awak ada baca entry Fyqah mengenai Tanda-tanda Anda Dilamun Cinta,tapi hari ini lain sikit.Hari ini Fyqah nak berkongsi perkara yang sering kita semua lakukan bila hati kita dah jatuh cinta pada seseorang itu :) Act,semua perkara ini adalah daripada majoriti jawapan yang Fyqah terima daripada rakan-rakan di Ask.fm.Fyqah nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan di Ask.fm kerana sudi menjawab soalan yang Fyqah ajukan :) Thank you so much! :D *hulur choki2*

1. Pendamkan Perasaan

- Kebanyakan orang bila dia jatuh cinta,dia lebih suka pendam je perasaannya.Selalunya perempuan yang suka pendamkan perasaan.Maklumlah perempuan kan pemalu berbanding lelaki yang tak tahu malu.Hehe.Gurau jelah :D Jangan marah ye abang-abang nanti tak handsome macam Aaron Aziz..Hehe *peace* Okay back to the point.Tak semua orang yang suka luahkan perasaannya pada orang yang dicintai.Kebanyakannya lebih suka untuk mendiamkan diri sebab takut cinta mereka ditolak.Tapi ada pula yang lebih suka memendamkan perasaannya dan berserah kepada Allah.Which is very GOOD.Kalau ada jodoh tak ke mana pun :) *ayat cliche*

2.Meluahkan Perasaan

-Antara ayat popular yang digunakan untuk menyatakan perasaan kepada orang yang dicintai ialah "Saya suka awak." dan "Saya cinta awak." Terus terang Fyqah cakap,kalau lelaki yang gunakan perkataan cliche macam ni untuk menyatakan perasaannya,lelaki ini bukanlah seorang lelaki yang GENTLEMAN.Lelaki yang GENTLEMAN akan berkata begini..Ehemmm *buat suara garau* "Sudikah awak menjadi makmum buat diri saya.Kalau awak tak cintakan saya tak pe.Kita bercinta selepas nikah.Boleh??" Nampak tak perbezaan antara lelaki gentleman dengan lelaki yang tidak gentleman.Kalau seorang lelaki itu betul-betul mencintai seorang perempuan,dia akan mengambil perempuan menjadi isterinya bukan kekasih hati :)

3. Cuba Mendekati Si Dia

- Ramai orang bila Fyqah tanya soalan "Apa yang awak nak buat seandainya awak dah jatuh cinta kat seseorang?",jawapan yang mereka berikan " Saya akan cuba dekati si dia dan buat sampai dia jatuh hati kat saya." Amboi!Orang yang jawab macam ni,mesti selalu tengok drama kan?LOL :D Setiap orang ada cara tersendiri untuk mengambil hati seseorang yang dicintai dan mungkin ini adalah salah satu cara untuk orang itu mencuri hati seseorang yang dicintainya.Bila seseorang itu mendekati si dia,dalam pada yang sama,mereka juga dalam proses mengenal hati budi masing-masing.Dalam pada masa itu juga,kita boleh tahu sama ada orang tersebut layak ke tak untuk kita ambilnya sebagai suami/isteri :)

4.'Stalk' Si Dia

-Yeah!Ini perkara semua orang suka buat.Jangan nak tipu Fyqah la kalau awak kata awak tak pernah stalk orang yang awak cintai.Bak kata orang Kelantan,maybe "Jangan nak membongak".Bila awak dah suka seseorang tu,mesti awak nak stalk dia hari-hari.Awak nak tahu dia kawan dengan sape,dia dah berpunya ke belum dan sebagainya.Kan kan kan?? Nak tahu tak macam mana Fyqah boleh tahu??Sebab Fyqah pun selalu buat macam tu..Haha..Okay tak lawak pun :P Tapi itulah yang selalu orang lakukan.Tak ada siapa tahu,mungkin orang yang selalu kita stalk tu pun entah-entah selalu stalk kita juga.Actually,Fyqah tak berapa suka stalk orang sebab nanti hati kita yang sakit bila baca status/tweet dia.Sebab tu Fyqah sekarang jarang-jarang stalk orang :) *ye ker??*

5.Berdoa 

-Doa itu SENJATA MUKMIN.Ini sebenarnya yang kita semua perlu lakukan.Jika seseorang itu benar-benar layak untuk awak,berdoalah kepada Allah agar jodoh awak dengan si dia.Sebelum awak nak luahkan perasaan awak kat dia,lebih baik luahkan dulu kat Allah.Allah itu Maha Mendengar.DIA pasti akan mendengar setiap rintihan awak kepadaNya.Fyqah nak kongsi satu video ini yang Fyqah jumpa di Youtube.Video ini membuatkan Fyqah mengalirkan air mata.So,marilah kita sama-sama menonton video ini.Semoga video ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.In Sha Allah :')


Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Fyqah tak ada niat pun nak lukakan hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
JATUH CINTA lebih sakit daripada JATUH TANGGA walaupun tak ada kesan luka.
Sebab itu,saya rela jatuh tangga daripada jatuh cinta pada orang yang belum tentu
mencintai saya juga :') *lap air mata*
 
© Fyqah Ismail