Saturday 19 January 2013

Ikan Goreng Penanggal

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Hai si cantik,si kacak,si comel dan segala si yang wujud dekat dunia ni.Hehe.Dah lama rasanya Fyqah tak update blog ni.Bukan tak ada masa atau sebab sibuk tapi sebab penyakit MAAAALAAAAAAAAAS Fyqah dah datang.Hehe.Oleh sebab,dah nak dekat seminggu lebih Fyqah tak update blog ni,so Fyqah ingat hari ni Fyqah nak menaip sesuatu la kat blog Fyqah yang tak berapa nak cantik ni.

Okay,cerita ni tak adalah best mana,tapi harap awak semua enjoy ketika membaca entry ini sambil layan lagu Sonata Musim Salju. *Awat skema semacam ni :3 * 

Begina ceritanya.... *flashback pagi tadi *

Pagi tadi,mak dan adik-adik Fyqah sibuk bersiap-siap untuk keluar dan pada masa itu Fyqah masih sedang dibuai mimpi yang indah.Haha.Mesti awak pelik kan macam mana Fyqah boleh tahu diorang sedang sibuk sedangkan masa tu Fyqah masih tengah tidur.Tak payah nak pelik sangat,Fyqah ni boleh dengar apa yang berlaku kat sekeliling walaupun masa tu Fyqah tengah mimpi berjumpa dengan sang putera.Okay tak lawak pun.

Dalam pukul 10.30 macam tu Fyqah baru bangun tidur.Ala Fyqah tau, mesti dalam hati awak semua cakap,"Teruknya anak dara ni." Kan kan kan? Dah tahu dah..Haha..Actually,Fyqah dah niat nak bangun awal hari ni,tapi tak terbangun awal pula walaupun dah beberapa kali dikejutkan oleh mak Fyqah.Huhu

As usual,bila mak Fyqah nak keluar je,mesti tak pernah nak tinggalkan satu benda ni untuk Fyqah..Okay okay Fyqah bagi tahu,tak payah nak excited sangat sampai terloncat-loncat atas katil tu.LOL :D Okay lawak hambar.Benda tu bukanlah sarapan ataupun Iphone 5 tapi PEKERJAAN :3 

Fyqah ingatkan bila akak Fyqah dah balik rumah,ringanlah sikit kerja Fyqah..Tapi...HAMPEH :3 Sabar jelah.Fyqah tahulah dia ada kerja banyak.Tapi apa salahnya tolong adik dia ni sikit-sikit.Tak kesian ke tengok adik dia ni buat kerja sorang-sorang.Hurmmm.Sodih.Nak pinjam tisu leh?Tisu Fyqah dah habis :*

Oleh sebab Fyqah malas nak gaduh-gaduh,Fyqah pun buat jelah semua kerja tu.Lepas Fyqah basuh pinggan yang bertimbun tu,Fyqah pun siang ikan.Then masuk dalam kuali,kemudian goreng.Fyqah kecilkan api supaya tak hangus.Maklumlah Fyqah ni kadang-kadang terlupa nak paling ikan tu.Masa Fyqah nak paling ikan goreng tu,ikan tu macam hancur.Then,I was like " Nape kepalanya tertanggal?" Selalu mak Fyqah goreng ikan tak adalah jadi sampai macam tu sekali.Ayah Fyqah pergi dapur,pastu tanya " Iqah,mana kepalanya?" dengan selamba Fyqah jawab " Entah." Haha..Dah macam penanggal dah Fyqah tengok ikan tu.

Inilah ikan goreng penanggal :P


Fyqah rasa mak Fyqah kena beli kuali baru kot.Hehe.Padahal salah sendiri,nak salahkan kuali pula kan.Hikhikhik.Well,sekarang Fyqah minat memasak.Tapi sekarang cuma satu je yang Fyqah dah pass,semua masakan yang berkaitan dengan KICAP Fyqah dah boleh masak.Haha.Entah pape je kan..

Lepas Fyqah dah habis semua buat kerja rumah.Fyqah pun masuk bilik.And you know what I see?? Kak Fyqah yang kononnya nak siapkan kerja dia tu,tengah TIDUR.Sabar jelah kan.Well takpelah,biarlah dia nak rest.Lagipun dia mesti penat belajar :)

Okaylah sampai di sini coretan Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Perempuan mestilah kena pandai masak,barulah AWESOME! ^_^


No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail