Wednesday 20 February 2013

Birthday Girlsssss ^_^

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....

Apa  khabar kawan-kawan semua? Fyqah harap kawan-kawan berada dalam keadaan sihat walafiat.In Sha Allah :) Hari ni Fyqah nak kongsi cerita 3 hari lepas...Hehe.. Sebenarnya, Fyqah memang nak post entry ni 3 hari lepas,tapi kan, penyakit malas Fyqah datang pula masa tu so Fyqah tangguhkan dulu dan post cerita yang berlaku 3 hari lepas pada hari ini. Okay okay Fyqah tahu awak semua excited sangat nak tahu  cerita Fyqah yang awesome ni kan?? hahaha *penghaaasaaaaan* Sebelum tu,awak semua kena tarik nafas panjang-panjang sebab cerita Fyqah ni  lebih daripada 4 helai kertas A4 tau.Hewhew *joke*

17/2/2013 merupakan ulang tahun kelahiran 2 orang kawan Fyqah. Siapakah mereka?? Bacalah entry ini sampai habis kalau nak tahu..Hehe.


Cantik tak nenek hot ni?? hehe.. Haruslah cantik macam cucu dia ni..Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke lantai..haha..Kalau Puan Hamidah baca ni.Mampuihh Fyqah >.< Well, she's Ain and she's my BFF since primary school. Actually,masa sekolah rendah dulu Fyqah tak lah rapat sangat dengan Ain,.Kami mula rapat masa Form 4 :) Dan kami bertambah rapat masa Form 5 sebab masa tu Ain selalu kongsi masalah dia kat Fyqah dan Fyqah pun selalu kongsi masalah Fyqah kat Ain. She's a good friend :) Semenjak Fyqah berkawan dengan Ain, adalah perubahan sikit dalam diri Fyqah. Kalau dulu Fyqah berbisik bila cakap dengan orang.Tapi sekarang, suara Fyqah dah kuat sikitlah.Ni semua sebab Fyqah berkawan dengan nenek tu lah..haha *joke* 



This is Amaliyana.Kawan Fyqah semenjak dari Form 1 lagi.Masa Form 4 kami berpisah sebab Amal berpindah ke Sekolah Sains Muar.She's really nice person. Semua orang suka sangat berkawan dengan Amal ni. Amal ni tersangatlah sempooooi. She's also a good photographer. Gambar-gambar yang dia ambil semuanya cantik,seriously ^_^ Dulu masa kat sekolah,dia ni kuat tidur tapi otak dia boleh tangkap apa yang cikgu cakap walaupun matanya tertutup.Hebat kaaan? Fyqah rasa nak je tukar otak Fyqah dengan otak Amal sebab dia ni pandai sangat.Kat sekolah pun dia aktif. Memang hebat la Amal ^_^ Tapi setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Mungkin itulah kelebihan yang Allah bagi pada Amal,kan? :)

*2 hari sebelum birthday Ain, Fyqah sms Sue :)*

Fyqah : Salam Sue..Ahad ni birthday Ain kan? *Sejujurnya Fyqah terlupa tarikh lahir Ain.So Fyqah check it out kat wall fb Ain..Hehe*
Sue : Yes! Nak celebrate tak?
Fyqah : Naaakkkkk! *excited*

Lebih kurang macam tu perbualan Fyqah dan Sue :) Sebenarnya,panjang lagi tapi malas nak menaip :3 So, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Fyqah,Sue dan Ieka menyambut kelahiran 2 orang kakak kami iaitu Ain dan Amaliyana ^_^ Birthday Amal, 8/2 . So,here some of the photos that had been taken :)


Snap pic before going to mall.Fyqah pergi dgn Bihah.Saja nak buat peneman..Hewhew :)

Amal dan Ieka dah penat tunggu Sue yang pergi entah ke mana dgn BF dia.Penat k tunggu Sue :3

Happy Birthday Amal and Ain!!! Semoga panjang umur dan murah rezeki ^___^

Amal buat muka comeeeeeel >.<

Amal become speechless.Hehe..Terharu sangat la tu :p 
Ain as usual control cool je..Dalam hati dia,hanya Allah je yang tahu :)

With birthday girls <3

Amboooi sukanya nenek dengan beg baru dia tu.

First time jalan kat atas jejantas.Seriously jakun..wkwkwk >.<

Nak tahu tak,kasut Fyqah tercabut masa tengah jalan kat mall dengan Bihah.Fyqah jalan macam orang sakit kaki.Semua orang tengok..Maluuuu *tutup muka dgn baldi*

To Ain and Amal : Terima kasih kerana sudi berkawan dengan kita. Kita bersyukur sebab Allah pertemukan kita dengan awak berdua dan kawan-kawan yang lain. Semoga persahabatan kita akan kekal sampai ke syurga.In Sha Allah.Lepas result SPM keluar, kita tahu awak semua akan sibuk dan mungkin kita tak dapat meraikan Birthday awak berdua macam ni lagi *lap hingus* Apa-apa pun kita tak akan pernah lupakan kawan-kawan kita :') Kita akan sentiasa doakan yang terbaik untuk awak semua.In Sha Allah :')

Lepas je celebrate birthday Ain dan Amal,balik rumah Fyqah snap pic untuk seorang lagi birthday girl :) Who is she?? *buat-buat tak tahu*


She is Siti Aishah binti................... *lupa lagi >.<* Sebenarnya,Ecah ni kawan Fyqah kat Ask Fm :) Ecah merupakan gf Adib. Errmmmmm..I have something to share about Adib but maybe you'll know at the end of the entry :') Okay tak nak sedih-sedih dulu.Lets continue story about Ecah. What can I descrbe about Ecah, she's funny. Suka buat lawak dan pandai menyembunyikan kesedihannya dengan orang lain.Tapi setiap kali dia ask Fyqah,mesti dia menangis.Why??? Okay maybe this is the right time I want to share with you about Adib. Seandainya awak ada baca entry Fyqah yang lepas mengenai Adib, Fyqah nak maklumkan bahawa
MOHAMMAD ADIB BIN ABDULLAH AFFAN TELAH PUN PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA PADA 17 FEBRUARI 2013. 
Seriously,Fyqah terkejut sangat masa dapat berita ni daripada Ecah.Fyqah rasa semua yang berlaku ni terlalu pantas.Padahal masa tu, Ecah baru bagi tahu Fyqah yang Adib wish birthday dia pada pukul 11.14 malam.


Hal ini yang membuatkan Ecah selalu menangis setiap kali Ecah ask Fyqah. Fyqah kesian sangat kat dia. Yelah sape tak sedih bila orang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya.Tambahan lagi, pada hari yang cukup bermakna dalam hidup kita. Apa-apa pun Fyqah akan sentiasa bagi sokongan buat Ecah agar dia redha atas pemergian Adib. 
So here some of the photos that I had made for Ecah :')


 
Akak tahu Ecah akan nangis bila tengok pic lelaki tu.Sorry :'(


SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PEMBESARAN 

Okay tak payah nak kutuk-kutuk tulisan Fyqah eh.Fyqah cepuk kang baru tahu..haha..Jangan marah Fyqah gurau-gurau jelah.Maaf sebab tulisan tak lawa sebab dah lama sangat Fyqah tak menulis >.< Well, ni je yang Fyqah mampu buat untuk kembalikan semangat Ecah. Ecah selalu mengadu kat Fyqah yang dia asyik teringatkan Adib. Semua yang dia buat,mesti terkenangkan Adib. Kadang-kadang Fyqah tak tahu nak cakap pe lagi. Fyqah hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Ecah :')
Haritu,mom Adib ask Ecah.



 Shooooo Shweeeeeeeeeet sangat kaaan? :') Sportingnya mom Adib. Fyqah rasa kisah percintaan Ecah dan arwah Adib ni bagai sebuah drama TV. Kadang-kadang Fyqah pun sebak bila baca semuanya yang Adib pesan kat Ecah sebelum dia pergi. Namun Allah lebih menyayangi Adib :")

To Ecah Swifty perasan cute..haha *joke* : Akak harap Ecah dapat menerima segala qada' dan qadar Allah. Akak tak nak Ecah bersedih. Ecah masih muda. Perjalanan hidup Ecah masih panjang. Akak tahu,Ecah mesti bosan sebab akak asyik ulang benda yang sama je,kan? Akak tak tahu nak cakap pe lagi dengan Ecah.Hanya ini yang akak mampu ingatkan. Ecah kena kuat untuk hadapi semua ini.Ersalina Imani pada Zain Hakimi Ecah kena kuat.Okay akak dah tak tahu berapa kali akak ulang ayat yang sama :'3 Ecah kenalah sentiasa bersangka baik dengan Allah.Apabila kita sentiasa positif (bersangka baik kepada Allah),Allah akan menjadikan kita kuat :') Ecah jangan sedih-sedih lagi tau.Akak nak Ecah yang dulu.Sentiasa ceria dan suka buat orang lain tersenyum. Ecah ingatkan pesan Adib, dia tak nak Ecah sedih kalau dia tak ada lagi kat dunia ni. Kalau Adib tahu Ecah sedih,mesti Adib pun sedih juga :') Last but not least, akak nak pesan kalau Ecah rasa sedih dan teringatkan Adib, Ecah ambil wudu' kemudian solat dan banyak baca Al-Quran.In Sha Allah hati Ecah akan kembali tenang. One more thing, Allah itu Maha Mendengar so Ecah kenalah banyak mengadu padaNya.Ingat Allah sentiasa berada di sisi Ecah :') Thats all for you dear.Sorry sebab membebel :'3

Kawan-kawan yang sedang baca entry ini,boleh tak Fyqah nak minta sesuatu?? Boleh tak Fyqah nak minta masa awak semua sekejap untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Adib.Al-Fatihah :')


Terima kasih banyak-banyak.Semoga Allah merahmati awak semua :')

Fyqah rasa cukuplah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :')

To Adib : I really miss to see your answer everytime I ask you.Sekarang semuanya tinggal kenangan.Ramai orang di sini sayang kat you tapi apakan daya ,Allah lebih menyayangi you. Semoga you tenang di sana dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.Amin :')

Di saat kita menyayangi seseorang itu,ingatlah bahawa Allah lebih menyayanginya :') 

Monday 11 February 2013

Mangsa Penipuan Siber :')

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Hari ni Fyqah nak kongsi sesuatu dengan awak semua. Sebenarnya, Fyqah nak tulis entry ni semalam.Tapi mood Fyqah tak berapa nak baik semalam.So, Fyqah tundakan dulu niat Fyqah untuk taip entry ini pada hari ini. Sejujurnya,mood Fyqah pun tak berapa baik hari ini,tapi Fyqah cuba gagahkan diri untuk menaip entry ini juga :') 


Rasanya Fyqah tak perlu nak jelaskan lagi.Gambar ni pun bagi Fyqah dah cukup untuk menerangkan situasi yang Fyqah sedang alami sekarang ini. Yeaaah! Fyqah dan kawan-kawan Ask Fm telah ditipu dengan seorang Hamba Allah ini. Tertipu dengan gambar palsunya yang comel. Well,ini kali kedua Fyqah mengalami situasi ini.Namun kali ini tidaklah seteruk masa pertama kali Fyqah kena tipu sebab Fyqah sentiasa ingat pesanan mak Fyqah," Jangan terlalu mudah percaya orang sangat terutama kat alam maya.". Rasanya tak payah la Fyqah nak ungkitkan kembali sejarah yang lalu itu bak kata pepatah benda yang lepas jangan dikenang :')

Sebenarnya,Fyqah dan rakan-rakan Ask Fm yang lain tak kisah pun pasal gambar palsu yang digunakan sebagai dp dia tu. Cuma kami semua sedih sebab dia tipu kitaorang semua. Tapi Fyqah faham,mungkin ada sebab dia buat macam tu. Seriously, Fyqah rindu nak stalk answer dia kat Ask Fm sebab cara dia jawab soalan kat Ask Fm sangat AWESOOOOME :') Fyqah pun rindu nak panggil dia 'Granpa' Rindu nak taip 'hahahahaha' panjang-panjang. Rindu nak bergurau dengan dia dan sebagainya. Apa yang paling Fyqah sedih apabila Fyqah dapat tahu dia sakit teruk. Dia pernah cakap dengan Fyqah dia nak jadi forensik pastu dia nak bedah badan Fyqah..haha..Tapiiiiiii...Bila Fyqah dapat tahu dia sakit,Fyqah rasa sedih sangat.Apa-apa pun Fyqah akan doakan dia dapat mencapai cita-cita dia tu. In Sha Allah :')

Orang yang paling sedih bila dapat tahu perkara ini adalah Ecah. Ecah adalah orang yang paling rapat dengan Adib kat Ask Fm. Kesian Ecah. Ecah cakap dengan Fyqah,diorang selalu main ask sembunyi-sembunyi.Comeeeel kan? :'D Bila Fyqah baca cerita Ecah dengan Adib kat Ask Fm,air mata Fyqah mula bergenang. Sebak sangat rasanya. Paling Fyqah tak sanggup nak baca bila ecah jawab soalan ni.

 Sweet sangat diorang ni <'3 Fyqah doakan satu hari nanti ecah dapat bertemu dengan Adib.In Sha Allah.Kalau ada jodoh, sejauh mana pun Adib pergi, Ecah pasti dapat betemu dengan Adib satu hari nanti.Keep praying dear :')


Hanya ini answer Adib yang Fyqah ada untuk dijadikan kenangan *lap air mata* Fyqah rasa nak nangis bila tengok nickname 2 orang adik ni yang menggunakan nama yang pernah Adib gunakan semasa di Ask Fm iaitu Werewolf dan Werepanda.Bila tengok nama tu membuatkan Fyqah teringat kat Granpa :'\

To Adib/ Granpa : I doakan you cepat sembuh.I tahu you kuat untuk hadapi semua ini. Thanks for everything. I dah maafkan segala kesalahan you dan I pun nak minta maaf kalau I ada sakitkan hati you.Ingat, Allah sentiasa ada bersama you.All our friends in Ask Fm and I will support you and pray for you .So, you kena lawan sakit you tu.Don't give up Granpa :')

Video ini membuatkan Fyqah dan kawan-kawan yang lain teringat kat dia :')


Apa yang Fyqah harapkan,awak semua boleh la ambil pengajaran daripada kisah Fyqah.Kalau boleh Fyqah tak nak apa yang terjadi dekat Fyqah dan kawan-kawan Ask Fm terjadi pada awak semua.Berhati-hatilah bila berkawan dengan orang di alam maya ini :')

Itu saja entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum  :')
Perkenalan kita telah ditetapkan oleh Allah.Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pesanan Fyqah, jangan terlalu mudah percaya orang yang baru kita kenal sama ada di alam maya mahupun realiti sebab takut nanti awak lah yang paling kecewa dan merana :')

Wednesday 6 February 2013

Tips Nak Score Add Math :)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Hai sayang-sayang sekalian.Ayat minta penampor memang macam ni.Hehe.You miss me??Alolo kesian you olls.Baru beberapa hari Fyqah tak update dah rindu.Hahaha.Okay lawak hambar di permulaan penulisan ini.Hehe.Penyakit malas semakin hari semakin menjadi-jadi pula kebelakangan ini untuk menulis blog.Maaf ye.Fyqah bukan tak ada masa tapi ketandusan idea.Maklumlah,tak ada benda yang menarik dalam hidup Fyqah sepanjang cuti ini untuk dikongsikan bersama awok-awok semua.

So,hari ini Fyqah nak kongsikan kat semua pembaca terutama adik-adik yang ambil subjek Add Math kat sekolah.Tak akan kat hospital pula kan.Hikhikhik *ketawa sambil tutup mulut dgn plastik*
Fyqah selalu terbaca Tweet/Status adik-adik pasal Add Math.Macam-macam :)

'Susahlah Add Math'
'Boleh tak nak drop Add Math'

Tak  ada benda yang senang kat dunia ini wahai adik-adik yang kak Fyqah sayangi sekalian.Dulu masa adik-adik kecil-kecil nak belajar ABC,adik-adik pun mesti rasa ABC tu susah sangat.Tapi bila dah belajar,alahai macam makan kacang je kan?Macam tu juga Add Math :) That's why you need to work harder.Ceh,kak Fyqah cakap ni macam Add Math dapat A+ je kan dalam SPM.In Sha Allah.Doakan ye.Bukan Add Math je tapi untuk semua subjek :') Hehe

Back to the topic,kak Fyqah mengaku,kak Fyqah bukanlah pandai sangat Add Math,tapi syukur Alhamdulilah,selama 2 tahun kak Fyqah belajar Add Math,kak Fyqah tak pernah gagal :) Bukan nak berlagak tapi akak cuma nak berkongsi je. To tell the truth,kak Fyqah suka Add Math sangat-sangat.So,hari ini kak Fyqah nak kongsikan tips nak score paper Add Math.At least LULUS pun kak Fyqah rasa ramai orang yang akan melonjak kegembiraan kan.Hehe ^_^ Tapi tak naklah sekadar lulus je kan.Kalau boleh mestilah nak dapat yang lebih baik :)

1.Tanamkan minat
- Setiap apa yang kita lakukan mestilah atas minat kita sendiri.Kalau kita tak minat nak buat sesuatu perkara tu,memang susahlah.Kita tak boleh nak paksa diri kita untuk suka sesuatu benda tu.So,apa yang perlu kita lakukan adalah menanam minat dalam diri kita sendiri.Adik-adik kena belajar menyukai Add Math.Actually,bukan Add Math je tapi semua subjek.Tanamkan minat dalam diri adik-adik untuk belajar.In Sha Allah adik-adik akan mudah untuk faham dan belajar sesuatu perkara itu.Kalau adik-adik tak minat juga,adik-adik kena tetap belajar untuk menyukainya.Adik-adik cuba fikir positif.Add Math best pe dapat main-main dengan nombor.Pastu Add Math juga mencabar akal dan minda kita.Ahh.Kan best tu.Ada cabaran,So,lepas ni adik-adik kena selalu cakap "Bestnya Add Math.Bestnya Add Math" atau apa-apa saja yang boleh menaikkan semangat adik-adik untuk belajar Add Math.Mudah kan? :)
  
2. Fahamkan konsep
-Bila adik-adik dah mula menyukai Add Math,adik-adik kena fahamkan konsep setiap bab.Bila adik-adik dah betul-betul faham konsep semua chapter,In Sha Allah lulus dalam genggaman adik-adik.Itu yang selalu cikgu Add Math akak dulu beri tahu dan Alhamdulilah ramai kawan-kawan kak Fyqah yang sebelum ni tak pernah lulus Add Math, berjaya sampai ke tahap lulus setelah betul-betul faham sesuatu konsep Add Math :)

3. Banyakan buat latihan
- Bila dah betul-betul faham konsep,adik-adik kena apply kan dengan membuat latihan banyak-banyak.Orang putih kata , " Practise makes PERFECT! " Yeah! I really agree with this quote.Bila kita banyak buat latihan,lama-lama kita makin faham dan boleh jawab semua soalan Add Math walau susah macam mana pun. Kalau adik-adik tak buat exercise bila cikgu dah terangkan konsep,nanti adik-adik boleh terlupa macam mana nak buat.Sebab tu kena terus buat exercise bila cikgu dah terangkan konsep :)

4. Buat soalan SPM yang lepas
- Ini adalah tips yang paling penting .Tiap-tiap tahun,soalan Add Math SPM selalunya akan diambil daripada soalan SPM tahun-tahun yang lepas.Kalau takpun,soalan tu diubah sikit-sikit.Dulu,cikgu Add Math kak Fyqah selalu suruh akak dan rakan-rakan buat latihan soalan Add Math SPM tahun-tahun yang lepas.Cikgu kak Fyqah suruh kami buat berulang-ulang kali sampai kami nak muntah bila dapat soalan macam tu.Alhamdulilah,akak rasa masa SPM 2012,kebanyakan soalan yang keluar adalah soalan yang pernah akak buat dan ada soalan yang hampir sama dengan soalan past year yang pernah akak buat.Seriously.So,bagi adik-adik yang bakal menduduki SPM tahun ni,banyakanlah buat soalan past year :)

5. Kongsi Ilmu
- Tips ni yang paling akak suka lakukan.Akak suka ajar kawan-kawan akak subjek Add Math. Bila kita ajar orang sebenarnya kita ajar diri kita juga sekali gus kita akan bertambah faham. So,jangan kedekut ilmu yang awak ada walaupun ilmu yang awak ada itu sebesar zahrah sekalipun.Tak baik kedekut ilmu tau *kenyit mata*

6. Banyakan berdoa
- Doa itu SENJATA ORANG MUKMIN. Orang yang berjaya tapi tak pernah sujud kepada sang Penciptanya dianggap sebagai orang yang SOMBONG. Ingatlah bahawa Allah yang bagi kita kejayaan itu bukan sebab kita ni pandai ke apa.Semua itu pmberian daripada Allah.Jadi,kita tak boleh la berlagak.Adik-adik kena selalu berdoa kepada Allah.Mintalah apa-apa yang adik mahukan :)In Sha Allah,Dia akan memakbulkan doa adik-adik :) Kalau dah berjaya jangan lupa ucap ALHAMDULILAH, okay? :)

7. Tuisyen Add Math
- Seandainya adik-adik nak lebih faham atau susah nak faham apa yang cikgu ajar kat kelas,kak Fyqah sarankan adik-adik pergi ke kelas tuisyen.Selalunya bila kita belajar banyak-banyak kali baru kita lebih faham.So,lebih baik pergi ke kelas tuisyen :)

So,sekarang ubah persepsi adik-adik semua yang sebelum ni mengatakan " I HATE ADD MATH " kepada " I LOVE ADD MATH" Boleh kan? :D In Sha Allah,lama-lama nanti adik-adik akan 'falling in love with Add Math' Trust me ^__^


Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Kak Fyqah harap tips ni berguna untuk adik-adik semua. Fyqah nak minta maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Thank you so much to my beloved Add Math teacher,Miss Ong,Encik Zabha,Puan Wan Nur Atikah and my tuition teacher,Puan Hamidah for teaching me Add Math.May Allah bless you and all my teachers :')

Monday 4 February 2013

Hangout Part 1

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Jalan-jalan cari makan.lalalala..Hehe..Okay tak tahu nak mulakan entry ni macam mana.Otak den tak nak berfikir pula pagi-pagi ni.Eh,pagi ke? hehe :p

Hari tu kan busu tanya Fyqah :

Busu : Iqah nak pergi mana-mana ke? 
Fyqah: Ermmm..Nak pergi Pavilion.
Busu : Nak buat pe? 
Fyqah : Entah..Rasa macam nak pergi situ.
Busu: Okay nanti busu bawa.Hari ni busu nak kena hantar barang.
Fyqah : Okay :)

Actually, Fyqah nak tengok macam mana orang-orang kat Pavilion tu sebab selama ini Fyqah selalu baca macam-macam cerita pasal budak-budak Pavilllion.So Fyqah ingat nak tengok dengan mata,kepala,hidung dan telinga Fyqah sendiri.Fyqah lebih suka tengok sendiri daripada dengar apa yang orang lain kata.Kadang-kadang bukan boleh percaya sangat apa yang diorang cakap.So lebih baik kita tengok sendiri,kan? :)



Tengah hari semalam,Fyqah,busu,uncle,danish dan qis hang out kat Pavillion. Fyqah lebih suka jalan-jalan daripada shopping sebab Fyqah pun bukanlah kaki shopping.Fyqah ikut busu shopping je.Well, busu seorang yang fashionable bukan macam Fyqah ni old school..hehe. First shop yang kami masuk,nak dekat satu jam dalam tu.Biasalah busu kalau shopping memang tak ingat dunia..hehe ^_^

Lepas shopping kami lunch di Madam Kwan :)


Makanannya semuanya AWESOME,seriously.No wonder ramai orang kat restaurant tu :) Lepas order makanan,busu tanya,tak nak ambil gambar ke kat Pavilion.Actually,bukan Fyqah tak nak.Tapi MALU lorrrrh *tutup muka* Pastu busu paksa juga ambil gambar so Fyqah ambil jelaah..hehe

Busu cakap Fyqah macam Najwa Latiff :3 *tangan ke bahu,mata ke atas*

Fyqah rasa macam artis..haha *penghasan sudeh* :p

Danish buat muka comel..Auummm <3

Adik comeeeel <3

Adik with uncle

Lepas makan,sambung shopping lagi..hehe ^^




Okay berdasarkan pemerhatian Fyqah,Pavillion ni memang tersangat besar.Seriously,ramai sangat orang kat sini terutama pelancong asing.Masa Fyqah masuk satu kedai ni,Fyqah jumpa seorang pelancong ni tinggi sangat-sangat.Macam patung dah Fyqah tengok.He's so cutee,eh?haha :p

Well,Fyqah rasa tak lah teruk sangat orang kat Pavilion ni.Lebih kurang sama je macam hang out kat mall yang lain :) Semua orang kat sini ramah dan murah dengan senyuman.I like it..hehe..Selepas Fyqah tengok sendiri dengan mata,kepala,telinga,dan semua organ Fyqah,baru Fyqah puas hati :) Kadang-kadang kita tak boleh nak percaya sangat cakap orang.Kita kena siasat dulu :)

Okay la sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menaykiti hati sesiapa.Fyqah tak ada niat pun nak sakitkan hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Rindu nak hang out dengan kawan-kawan.Miss them so much :')


Workaholic Part 2

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

*tarik nafas* 1...2...3 *hembus* Seperti yang Fyqah janjikan,hari ni Fyqah nak buat satu entry yang bertajuk Workaholic Part 2.Kalau ada sesiapa yang belum baca Part 1 punya dan nak baca sila klik ke Older Post ye..hehe ^_^ Kita syorkan awak baca dulu la sebab takut nanti awak tak faham cerita ni....Ceewaah..Macam novel pula dah..hehe

Hari ni dah masuk 8 hari Fyqah kat KL ni.Well,agak bosanlah sebab duduk rumah je sekarang ni.Okay okay tak payah kerut dahi tu sangat.Tak comel langsung tau..hehe..Haritu Fyqah kerja kat office sekarang Fyqah kerja kat rumah je sebab busu kata dia tak tahu nak bagi Fyqah kerja pe kat office tu.


This picture had been taken during second day Fyqah nak pergi kerja.Nampak tak,betapa semangatnya Fyqah nak pergi kerja..Hehe..Tapi masa tu Fyqah ikut busu pergi tukar barang kat Petaling Jaya.Pada ketika itu,Fyqah tanya busu sesuatu.

Fyqah : Busu,busu tak nak ke Iqah jadi PA busu?
Busu : Ah PA? haha..Beri busu 5 sebab kenapa busu perlukan PA?
Fyqah : Pertama,busukan businesswoman so memerlukan seseorang untuk uruskan jadual busu.Then........*speechless* 

Bermula pada itu,Fyqah pun mula la jadi PA busu..hehe *joke* Bermula pada hari itu juga Fyqah jadi babysitter.Nak tahu kenapa? Jom baca perbualan ini :)

Situasi di Tesco selepas ambil Qis dan Danish dari Smart Reader *diorang excited sangat bila Fyqah ambil diorang masa tu*

Busu: Nanti busu nak hantar kak Iqah balik.
Danish : Danish nak duduk dengan kak Iqah.Tak nak pergi rumah ibu.
Qis : Adik pun tak nak pergi rumah ibu
Busu : Cuba tanya kak Iqah nak jaga Danish dengan Qis tak?
Danish: Kak Iqah,kak Iqah nak jaga Danish tak?
Fyqah : Ahh ? *speechless* 
Danish : Kak Iqah boleh jaga Danish tak?
Fyqah : *angguk*
Danish :  Mama,kak Iqah nak jaga Danish.
Busu : Okaaaay

Fyqah sebenarnya bukan tak nak jaga diorang tapi Fyqah takut tak boleh nak uruskan diorang terutama Qis.Actually, taklah susah sangat nak jaga diorang ni. Masing-masing dengar cakap Fyqah..hehe..

Seharian duduk dengan diorang memang memeningkan kepala Fyqah.Terutamanya Danish. Fyqah tak tahulah kenapa Danish asyik cakap pasal kahwin.Masa haritu on the way nak pergi KL,tiba-tiba je Danish cakap pasal kahwin.

Danish : Kak Iqah,sekolah kak Iqah ada lelaki hensem tak?
Fyqah Tak ada.Sekolah kak Iqah semua perempuan.
Danish : Kalau kat sekolah kak Iqah ada lelaki handsome,mesti kak Iqah kahwin dengan dia...hahaha
Qis : A'ah kan..Akak Iqah nak kahwin..
Danish: Haha..kak Iqah nak kahwin..Bagi tahu mama,kak Iqah nak kahwin..
Fyqah: Mana ada kak Iqah nak kahwin..Eiii kecik2 dah pandai cakap pasal kahwin eh.haha *cubit pipi Danish*

Then, masa Fyqah balik office aritu,Danish cakap Fyqah dah jatuh cinta dengan kawan mama dia. I was like " Double Whaaaat?" Entah pape je si Danish ni.Fyqah rasa ni mesti pengaruh tengok Setia Hujung Nyawa.lol..Tapi best juga duduk dengan diorang.Taklah Fyqah bosan sangat.hehe ^_^

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

 
© Fyqah Ismail