Sunday 19 May 2013

Dilema : Diploma atau Matrikulasi?

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Hai you olss! How are you? I hope that you're in the pink of health. Amboi bajet omputih Fyqah ni..hikhik :p Ek eh, asal banyak habuk blog Fyqah ni *tiup2 habuk* Nampak sangat Fyqah dah lama tak update blog Fyqah yang tak berapa nak menarik ni sampai berhabuk dan bersawang. Ish ish ish, teruk bebenor :3 

Bila Fyqah dah mula menaip,bermaksud Fyqah ada cerita 'menarik' yang nak dikongsikan dengan you olss semua. Menarik ke? Sila letakkan tangan anda dibahu,mata anda di atas. Terima kasih..hehe :p

Seperti yang awak semua ketahui, keputusan upu telah pun diumumkan pada 17 Mei 2013 pada pukul 12 tengah hari. Bila dah kuar, mestilah Fyqah akan terima bertubi-tubi soalan ini :

Fyqah dapat upu??

Sebelum Fyqah jawab soalan ni, Fyqah nak ucapkan TAHNIAH kepada kawan-kawan yang dapat tawaran belajar ke universiti.Kepada yang tidak berjaya, La Tahzan, Allah merancang sesuatu yg lebih baik untuk awak semua. I wish you all good luck in your future endeavours! :D


Alhamdulilah, permohonan upu Fyqah berjaya :') Walaupun,Fyqah agak terkejut juga dengan keputusan tu, Fyqah tetap bersyukur. Maybe ini yang terbaik untuk Fyqah :') 

Selepas Matrik menghantar 'lamarannya', kini giliran upu pula. Now, Fyqah dalam dilema untuk memilih sama ada matrik atau upu. Sebelah badan Fyqah tarik ke matrik dan sebelah lagi tarik ke upu. Fyqah berbelah bahagi. Fyqah rasa macam tengah memilih bakal suami pun ada juga..haha :p  K merepek :3
Okay, jalan yang terbaik yang Fyqah kena lakukan adalah ISTIKHARAH :') 






Dua-dua akaun. Alhamdulilah, Allah permudahkan Fyqah untuk buat pilihan. Ini la yang mak Fyqah impikan dulu.Fyqah pilih akaun sebab mak Fyqah begitu yakin Fyqah boleh bawa subjek ni dulu. Alhamdulilah, Allah kabulkan permintaan mak yg ni :') Akaun adalah bidang yang terbaik untuk Fyqah. Fyqah risau juga sebenarnya bila dengar ramai sangat graduan yg ambil akaun,menganggur. Tapi, Fyqah yakin, rezeki itu ada di mana-mana ,betul tak? Lagipun,abg mad kata,kalau Fyqah tak ada kerja nanti,dia buka syarikat dan dia akan ambil Fyqah jadi akauntan. So, Fyqah dah dpt tawaran kerja dah sekarang...hahaha *joke2*

Semalam, Fyqah dah dapatkan pendapat daripada makcik Fyqah yang merupakan seorang akauntan serta beberapa senior yang sungguh baik hati. Thanks a lot :) Mak cik Fyqah kata, kalau dia, dia akan pilih diploma. Tapi dia suruh Fyqah buat rayuan asasi. Mak Fyqah pun suruh buat  rayuan asasi. In Sha Allah,Fyqah akan cuba buat rayuan nanti :) 

Fyqah nak share sesuatu dengan awak semua. Sebelum tu, Fyqah minta izinnya abang mad nak copy answer abang mad..hehe..Kalau abang mad tak bagi,kita dah copy pun :p

Assalamualaikum. Aku rasa terpanggil utk buat post ni bila dilema halatuju spm leavers semakin memuncak. Maaf, aku tak mampu nak membalas setiap persoalan bila melihatkan kesibukan jadual aku utk weekend ni. Maka persoalan yg diajukan adik2 tu aku kepilkan dalam kata2 himah aku ala Chandragupta Maurya versi koboi, wikiki.
Abang tahu, mungkin ada di antara adik2 yg sudah memulakan sesi persekolahan tingkatan 6, tak kurang jugak yg menerima tawaran matrik samaada program PST/PDT, dan hari ini riuh pulak dgn keputusan Upu. 

1) Antara MATRIK dan ASASI, mana better?- Asasi dan Matrik tempoh masa sama ja, cuma tahap kesukaran mungkin lebih payah kat asasi. Dpd pandangan peribadi abg, apa yg penting sekarang ni adalah "minat" dan "kemampuan adik". Kalau adik dpt tawaran asasi utk bidang yg adik minat atau itu mmg first option adik, teruskan. Sekurangnya, kalau adik kat asasi IPTA, tempat di Univ. dah tersedia. Tp kalau adik masih tak tahu hala tuju adik, go on for matrik. Pedulikan pandangan org yg mengatakan matrik tu susah gila sbb kalau adik main2 kat Univ. pun, benda yg sama akan berlaku. Ya, mmg kedudukan asasi dipandang tinggi tp apa yg penting sekarang ni, ketepikan glamer... fokus kpd minat dan kemampuan adik. Yg dpt asasi UIA, UITM atau sbgainya, jgn terlalu gembira... sbb Allah boleh tarik kegembiraan tu bila2 masa je. Pentingnya, adik jangan main2. 

2) Antara MATRIK dan DIPLOMA, mana better?-Kalau abg berada kat tempat adik, abg mmg akan letakkan "minat" abg kat tangga pertama utk penentuan. Cthnya: Result spm abg 9A 1B misalnya. Abg dpt diploma sains komputer dan abg dpt matrik PST. Abg minat sains komputer but in the same time, abg nakkan tempoh pengajian yg singkat. Kalau abg tanya mak ayah, mmg dorang akan kata "masuklah U", sbb itu mmg pandangan kebanyakan ibu ayah, "asalkan anak aku dpt U, cukuplah." Ya, mmg berguna pandangan2 org sekeliling tp jgn sampai menjejaskan sbb adik yg nak belajar, bukannya jiran tetangga. Kalau dlm situasi ni, abg akan pilih utk diploma sbb abg ada minat dlm course yg ditawarkan (bila dah ada minat, kita sanggup utk stay up sampai pagi buta nak belajar, mana tahu boleh cut time setahun diploma terus masuk ijazah), dan keduanya abg nak rileks belajar. Tak kisah lah grad lambat, asalkan keputusan ni seiring dgn minat dan kemampuan. Even keputusan Abg tu nampak mcm Abg mampu utk survive kat matrik, tp abg takut abg terlalu bersenang lenang masa matrik dan akhirnya abg dilelong dgn course yg abg tak minat. Rugi. Tp, kalau Abg pilih matrik... Abg akan pulun bagai nak mati lah, tak boleh usha awek sbb kena dpt pointer 2.8 ke atas. Dijadikan cerita abg terlalu selesa dgn result SPM dan bajet mcm boleh carry on utk matrik, tup2 pointer abg tak lepas. Masa tu, mmg abg kena gigit jari lah ulang sem balik. So, pikir elok2 ye dik. 

3) Dapat tawaran UPU yg tak minat/ ditawarkan diploma tp nak kan asasi-Maybe adik dapat 7A/8A/9A/10/11A tp dpt tawaran UPU yg tak kena dgn minat, ataupun adik rasa result adik lebih layak utk dapat asasi berbanding diploma. Nasihat abg utk adik2 yg berada dlm situasi ni, bersyukurlah syg. Allah tak bagi apa yg hangpa "mahu", tp Allah bagi apa yg "terbaik" utk hangpa. Adik tahu tak, kat luar sana... berlonggok2 manusia yg masih tak dpt masuk ke Univ. Senior abg dpt SPM 8A.. dia mohon UPU, tak dpt.. mohon matrik, tak dpt. Jadi, dia terpaksa survive utk ke kolej swasta.. dan sem 2 kat kolej tu, baru dpt masuk Univ. Tapi, dia tough je dan tak mengungkit. Dlm hal cenggini, adik kena bersyukur. Sekurangnya, adik pening nak pilih tawaran yg mana.. ada student lain tu yg langsung tak dpt tawaran dan pening nak sambung kat mana. Mungkin masa spm, adik gembira dgn keputusan adik... tp bila keluar result Upu, adik rasa sedih dan mcm tak adil sbb adik rasa adik lebih layak. Allah Maha Adil. Aturan Dia Maha hebat. Setiap orang ada bahagian dia... Saat adik berduka sbb dapat tawaran UPU yg adik tak suka, ada org lain yg sdg berduka sbb tak dapat tawaran langsung. Mana satu Allah lebih hebat menguji? adik atau dia? Bersyukur. 

4) Tak dapat tawaran ke Universiti-Adik jgn sedih lama2. Rezeki Allah tu luas, bukan setakat kat Universiti.. ada lagi pilihan lain mcm matrik, tingkatan 6, politeknik. Misal kata adik tak dpt tawaran mana2, jangan risau... semuanya ada hikmah. Mungkin masa sekarang adik tak nampak, tp 3-5 tahun akan dtg...mana tahu adik2 lebih hebat kedudukannya berbanding budak2 asasi atau matrik atau diploma. Jadi, jgn sedih lama2 tau.. Allah tak suka, Abg pun tak suka hihik. kalau macam manusia kat atas tu kena bersukur, adik2 pulak kena redha ;) Kadang2 Allah tak bagi apa yg kita nak sebab Dia takut kita riak.Jadi, siapa2 yg dapat sambung belajar tu bersyukurlah bebanyak. Jangan main2... Jgn gembira sgt, jgn sedih sgt. Tak ada benda yg senang kat dunia ni... jadi kalau masa belajar tu adik rasa susah, don't give up. Teruskan jihad adik utk belajar demi agama. Guna peluang belajar tu betul2... Abg akan sentiasa doakan junior2 abg ;D Semoga sukses!

Sekian shaja ber-abang2 utk hari ini. Aku choww dulu hihik.Ohhh, dan jangan lupa, Istikharah cara terbaik. Itu untungnya muslim, kita ada kebergantungan dan tempat mengadu ;) Salam syg dari perantauan (wakaka bajet) Mad

Sentap hati mak nooh perkara yg ke-3 tu T.T Yeah,Fyqah tahu,itu jawapan bagi soalan yang Fyqah tanya kat dia semalam. Terasa abang mad menumbuk muka den yang halus mulus ni..hakttuihh..hahaha..Someone,please called bibik untuk bersihkan balik ludah tu..Double euwwww :3 haha *joke*

Fyqah dah buat pilihan sebenarnya. Tapi Fyqah masih was-was lagi so, Fyqah akan buat solat isktikharah lagi,In Sha Allah. Doakan Fyqah dapat buat pilihan yang terbaik ye :') May Allah bless all of you.

Di kesempatan ni, Fyqah nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Ash dan Abang Mad atas segala nasihat yang telah kalian berikan kepada diri ni. In Sha Allah,kita akan ingat setiap pesanan abang dan akak.So, this is for you.


Buruk? Yeah, I know. Ini lah hasilnya bila buat kerja nak cepat je...Maaf ye bro and sis, nanti kita akan cuba buat lebih lawa lagi..hehe. Ouh yeah,btw, jgn salah faham,kita sayang abg mad as my brother. Not more than that :) Kak Ash, i love you shoooo shoo shoo much! k bai...haha :p

Sampai di sini sahaja coretan Fyqah buat kali ni. Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ni menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
Doakan Fyqah pass test jpj hari isnin ni. Haritu Fyqah failed jalan raya :( Sorry, no Lesen Memandu part 3,Fyqah malas nak menaip..hikhik :p
 
© Fyqah Ismail