Sunday 30 June 2013

UiTM Di Hatiku

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..

Hey youuu olllssss! Rindunyaa Fyqah kat you olsss semua :( You olss rindu Fyqah tak?Mestilah rindukan? K Fyqah penghasantan.Hakhak :p Dah sebulan lebih Fyqah tak update blog ni. Maaflah. Fyqah sibuk sangat semenjak bergelar MAHASISWI ni..hihi..Ada banyak cerita yg Fyqah nak kongsi dgn you olss semua tau :D

Okay.memandangkan dah nak masuk sebulan Fyqah bergelar seorang mahasiswi UiTM, Fyqah akan kongsi cerita kisah pahit manis Fyqah sepanjang 4 minggu Fyqah di UiTM. You olss nak tau ke Fyqah study kat UiTM mana? Tak payahlah eh.Tapi Fyqah pasti, mesti ada yg dapat teka Fyqah belajar kat UiTM mana lepas Fyqah story ni..hehe..Siapa yg tahu tu,diam-diam tau.Ni rahsia kita2 je..haha xD


MINGGU 1 (Minggu Destini Siswa)
- MDS adalah minggu orientasi bagi semua pelajar baru UiTM. Sejujurnya,Fyqah suka sangat MDS ni.Ramai yang pelik bila Fyqah kata,Fyqah suka MDS..hikhik..Actually,ada banyak sebab Fyqah suka MDS. Pertama sekali, dapat makan percuma. Haha. Fyqah tak kisah makan nasi goreng tawar time MDS,janji free..hakhak xD Selain itu, Fyqah suka bila kakak2 dan abg2 PM kejutkan kita org setiap pagi.Nak tahu sebab pe? Sebab Fyqah ni memang susah nak bangun pagi. So,bila dapat bangun pagi-pagi buta terasa syok sangat. Ni bukan perli tau tapi FAKTA :D Last but not least,dan yg paling Fyqah suka sangat sangat, masa MDS kitaorang semua dapat solat berjemaah sama-sama. Best sangat. Susah nak dapat  saat-saat macam tu. Bila dah habis MDS, Fyqah terasa sebak sangat. Tak tahu la kenapa. Apa-apa pun,Fyqah harap belum terlambat lagi untuk Fyqah ucapkan jutaan terima kasih kepada kakak2 dan abang PM yg superohsseeeem..Love You Olss <3 Semoga Allah merahmati kakak2 dan abang2 semua ^_^ Rindunyaaa dgn kakak2 dan abang2 PM :( 

Me with roomate and part of akak PM :)
Ignore my ugly face :3

MINGGU 2 (Kuliah Bermula)


Ekspresi muka Fyqah sama je kan? So bored..hakhak

- Minggu kedua kuliah pun bermula.First day class, Fyqah sesat. Ke huluq ke hiliaq Fyqah dgn kawan Fyqah cari kelas. Tak jumpa-jumpa.Bila dah jumpa kelas, kelas tu rupanya satu blok yg sama tempat kitaorang ke huluq ke hiliaq tu. Sabor jelah :3 Tapi itu perkara biasa yg berlaku kepada semua pelajar baru. Ye dok? :D  Minggu pertama kuliah, banyak benda yang Fyqah dan kawan-kawan kena buat. Firstly, assignment.Then, we need to prepare for our performance during induction day of our faculty. Agak memenatkan juga.But, it was fun :D Time induction tu, kita orang kena buat boria Penang. Anak Mami youu..hikhik..Boleh dikatakan hampir setiap hari kitaorang berlatih bagi memastikan persembahan kita orang pada malam tu dapat menghiburkan hati semua orang. Alhamdulilah, we did it :D I could see the audience enjoyed when watching our performance. Roomate Fyqah pun kata,persembahan kitaorang best *bangga* haha :p Pada pendapat Fyqah, baguslah bila fakulti buat program macam tu.Ia dapat mengeratkan hubungan antara classmate dan juga hubungan senior dan junior :)


Assignment and boria discussion


Some of my crazy classmates :D

MINGGU 3 ( Busy Busy And Busy )
- As usual, setiap hari Fyqah akan bangun untuk pergi ke kelas. Selalunya kelas Fyqah mula tengah hari, so Fyqah akan bangun tengah hari la..haha :p Alhamdulilah,kelas tak pack sangat. So,tak ada la tension sampai nak terjun tangga. Lecturer Fyqah semuanya baik-baik belaka. Best sangat dapat belajar kat UiTM ni ^_^ 
Hari Sabtu minggu ke-3, Fyqah dan beberapa classmate menjadi AJK MDAB.MDAB adalah singkatan bagi Mengubah Destini Anak Bangsa. Program ni adalah khas untuk kawan-kawan Fyqah yang Pra-Diploma. Fyqah ditugaskan utk menguruskan bahagian pendaftaran pelajar dan juga makanan VIP. VIP you ollss..Jangan main-main..haha xD I really had fun with my classmates during MDAB. They're really funny and crazy. Sayang diorang ketat-ketat <3


Bila fon dah sampai kat tangan budak ni, habis semua wallpaper dia tukar dgn pic dia..hakhak xD


Ohsheemm girls :D

Rajin sungguh depa ni semua..hikhik

MINGGU  4 ( My Bufday,Yeay! )


- This week, I had celebrated my 18th birthday. Yeah! Saya masih muda! haha :p First day of this week, NO CLASS because of HAZE. I'm so happy! hikhik. Yang sedihnya, tahun ni Fyqah sambut bufday tanpa family dan best friends Fyqah :'( Sesungguhnya,Allah itu MAHA PENYAYANG. Walaupun family dan best friends Fyqah tak ada utk sama-sama menyambut bufday Fyqah, Allah hantar pada Fyqah kawan-kawan baru yang ohseem :'D Alhamdulilah. For the first time in my life, I celebrated my birthday with them. Thanks girls sebab sudi temankan kita :') May Allah bless all of you. Thanks too my friends in FB,Twitter and Ask FM for the wishes. Loveee Youu Olsssss because of Allah <3
Minggu ni juga,Fyqah sibuk buat skrip dgn partner Fyqah,Anis untuk kami lakonkan masa kelas ELC. Alhamdulilah,semuanya dah selesai.Cuma tinggal nak present depan lecturer je. Nervous I you olsss...Dup dap dup dap je bunyi jantung I ni bila nak present :/ Wish me luck guys!

Discussions in UiTM's library.
With Anis,Fatin and Farissa.

Minggu ni Fyqah balik rumah. Yeay! First time Fyqah balik naik bas. Macam-macam dugaan yang Fyqah kena hadapi. 
1. Teksi rosak
2. Tiket lambat
3. Hampir tersalah masuk toilet lelaki
4. Kebuluran
5. Kepenatan
6. Kemalasan nak taip entry ni..haha *joke* :p

 Tadi petang kan,mak Fyqah bawa Fyqah dan adik-adik makan secret recipe. Sedap you olss..Hikhik :p


Awwww..Shooo shweet my little sister suapkan I kek..hakhak

Eh,lupa pula Fyqah nak kenalkan roomate Fyqah. Okay, let me introduce them.They're my mother, my sisters, my roomates, my girl friends, my best friends, my buddyz and so on :D


From the left : Fatin ( Tukang Buang Sampah) , Awin ( Tukang Kejut Solat Subuh ), Fyqah ( Tukang Sapu Sampah) xD

Okaylah you olss, penyakit malas Fyqah mulai menguasai diri ni..haha..Sampai di sini entry Fyqah buat kali ni. Fyqah minta maaf kalau entry ni ada menyakiti hati sesiapa. Fyqah tak ada niat pun nak sakitkan hati.Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sayaaang youu olss semua kerana Allah. Sekian terima kasih :) 
Assalamualaikum ^_^

Tahniah Kelantan kerana menjuarai Piala FA!
JDT always in my heart.Luaskan kuasamu :D
 
© Fyqah Ismail