Thursday 24 April 2014

Cara Nak Pulihkan Sesuatu Hubungan

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Anda mempunyai masalah dalam persahabatan atau percintaan?

Anda bergaduh dgn sahabat anda dan tidak bertegur sapa utk sekelian lamanya?

Jadi anda ingin pulihkan hubungan anda seperti sedia kala tetapi tidak tahu caranya?

Fyqah ada jalan penyelesainnya.

Mudah saja.

Bahan-bahan utama yg anda perlukan :

1. Mulut
2. Telinga
3. Ego
4. Malu
5. Berani

Cara-caranya:

1. Anda perlu BERANI bersemuka dgn dia.

2. Rendahkan EGO anda. Jangan fikir kesalahan yg dia telah buat pada anda. Tapi fikirlah kebaikan yg selama ini dia buat untuk anda. Jangan fikir siapa yg bersalah dalam hal tersebut. Kalau dua-dua ego tinggi memang korang tak akan berbaik sampai bila-bila. Just low your ego. 

3. Buang perasaan MALU untuk tidak bersemuka dgn dia dan perasaan MALU untuk berkomunikasi dgn dia semula. Buang perasaan-perasaan negatif dalam diri anda buat masa tersebut. Buang jauh-jauh. Kalau boleh buang 1000000000000 km dari tempat anda berada ketika itu.

4. Step klimaks,anda perlu menggunakan MULUT dan LIDAH yang telah Allah pinjamkan untuk ucapkan "SAYA MINTA MAAF". Mudah kan? Dan pastikan ucapan itu IKHLAS dari hati anda yg suci dan murni itu.

5.  Akhir sekali, gunakan TELINGA untuk mendengar penjelasan dan respons daripadanya. Walau apa pun respons dia, positif atau negatif anda kena terima dgn redo.

"Macam mana kalau dia tak nak memaafkan?"

Anda kena sedaya upaya untuk mengambil kembali hatinya.Dan kalau anda rasa dia macam tak boleh nak memaafkan anda, gunakan tips ini pula.

TULIS SURAT

Dalam surat tu, anda ceritalah tentang kenangan-kenangan manis anda bersama dia. Haa masa ni la anda boleh gunakan ayat-ayat puitis yg anda selalu tulis dalam karangan anda ketika SPM,PMR dan UPSR dulu. Macam kata-kata hikmah dan peribahasaa.Tunjukkan betapa berbakatnya anda dalam bidang penulisan. Cewah.

Kadang-kadang ada org akan lebih terharu dan sentap melalui penulisan seseorang. Hal ini juga menunjukkan kesungguhan anda untuk berbaik dgn dia semula.

Fyqah ada tips untuk korang yg rasa diri korang tu susah sgt nak maafkan kesalahan org lain. Tipsnya lebih kurang je. 

RENDAHKAN EGO

Fyqah tahu kadang-kadang kesalahan yg dibuat oleh seseorang itu  sgt besar. Dan tak mudah utk maafkan dan lupakan kesalahan dia. Tapi korang kena fikir, manusia ni mana pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Mesti ada je benda yg kita buat silap. Tiada siapa yg sempurna kecuali Allah. Fyqah tahu ayat ni klise tapi itula hakikatnya.

Korang tahu tak, kalau korang dapat memaafkan kesalahan seseorang, itu adalah kejayaan paling besar dalam diri korang. 

Nabi s.a.w. bersabda, “Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia.” (Hadis Riwayat Muslim)

Fyqah ada terbaca blog Kak Wardina Safiyyah, melalui penulisan beliau. Fyqah ringkaskan di sini
 "Syurga itu hanya disediakan untuk orang yg bertaqwa. Siapakah org yg bertaqwa tersebut? Salah satu daripadanya adalah ORANG YG MEMAAFKAN KESALAHAN ORG LAIN."

Kata kak Wardina, macam mana nak masuk syurga kalau hati ni masih ada benci dan dendam? Tepuk dada tanya iman :)

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf andai entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yg buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.

Assalamualaikum :)


Semoga berjaya!

Tuesday 15 April 2014

The E

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

"It's hard to say goodbye with the person you really close the most."

I totally agree with this statement. 

Apa perasaan korang bila orang yg korang rapat tiba-tiba kena pindah kampus lain?

Apa perasaan korang bila kawan-kawan yg korang dah selesa tiba-tiba terpaksa pergi tempat lain?

"SEDIH"

Yeah, kita tahu korang akan bagi jawapan tu. Dan yeah kita tahu kita tanya soalan yang lurus bendul... sikit je la.

Well, I should admit it, I'm sooo sad right now because half of my classmates wanna leave me and transfer to other campus. It's hard to accept the fact but this is the fact. But, I need to be cool because I'm  a cool girl. Strong girl cannot cry, right? :D hehe

Less than 1 year I know them.But kitorg dah macam kenal bertahun-tahun lamanya. Kurang dari 1 tahun adalah masa yg paling awal kita kenal seseorang. Selama ni, paling awal untuk kita kenal dan rapat seseorang 2 tahun dah ke atas. Yeah, I'm not outgoing person. Susah kita nak masuk  dengan seseorang tu sebab kita selalu takut org tu tak boleh terima kepala kita yg kadang-kadang biul sikit. Sikit je laa.

Walau apapun kita reda dgn perpisahan sementara ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijak dalam merancang. As His servant, I need to accept the fact.

Pertemuan dan perpisahan itu perkara biasa yg akan berlaku. Itu la kenyataannya kan? :)

Pesanan kita buat  diri kita dan semua kawan2 kita dan semua manusia, di mana saja korang berada :

Jagalah diri,
Jagalah iman,
Jagalah lidah,
Jagalah hati,
Jagalah maruah,
Jagalah segala pinjaman Allah dgn sebaik2nya.


Okayyy??? ^_^

Ek eh macam lirik lagu lak. Hehe 

Well, I made this song special for MAC1102E. Special la sgt kaan.  Sorry la suara ke laut Cina Selatan. Kod pun banyak tak masuk. Lirik pun entah hape hape.Saya budak baru belajar nak jadi komposer. Haha 

Seriously, kita pasti akan merindui:

Farissa dgn garangnya
(tak ada org nk teman kita study)
Nazirul dgn suara kambingnya
Bella dgn kecomelannya
(lepas ni kita paling comel)
Fi'la dgn kelembutannya
Mira dgn ketawanya
Adam dgn alamaknya
Faiz dgn wajah seriousnya
Dayah dgn pendiamnya
Fatin dgn blurrnya
(tak siapa nk habiskan makanan kita lepasni)
Mafaz dgn ceritanyaa
(lepas ni tak ada teman bergosip)
Tira dgn manjanya

Hmm korang please take care kat Tapah. Hopefully,korang boleh adapt kat sana. Nanti kalau kitorg pula kena transfer kat sana, of course korang yg kitorg akan cari dulu. Hehe

Don't worry about akmal, kitorg akan jaga dia. Kalau dia nakal, kitorg belasah je tak pe kan? *pegang pisau*

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Mohon maaf andai ada silap dan salah. Enjoy video untuk you ollsss. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

 
© Fyqah Ismail